Teknologi

Ejen Ali Bakal Mempunyai Permainan MOBA Mereka Sendiri

Dengan kejayaan dua permainan mudah alih yang dikeluarkan, siri Ejen Ali kini bakal mempunyai permainan MOBA (Massive Online Battle Arena) mereka tersendiri.

Mengikut laman Facebook rasmi Ejen Ali, Wau Animation mengumumkan siri ini akan mengeluarkan Ejen Ali: Agent’s Arena, permainan yang seakan Dota 2 atau Mobile Legends dan pendaftaran beta tertutup kini dibuka.

Permainan ini akan menampilkan perlawanan pemain lawan pemain dengan mod menawan objektif atau pengkalan lawan.

Seperti yang diperkenalkan di dalam siri Ejen Ali, 4 kumpulan kelas – Inviso, Combat, Techo dan Neuro akan diwakili dengan ejen-ejen yang memiliki kuasa dan keistimewaan masing-masing.

Menerusi demo yang dikeluarkan oleh IGN SEA, pemain akan mewakili satu watak tetapi tidak kelihatan ‘minions-minions’ kecil yang membantu.

Walaupun bagaimana pun kita harus tunggu dengan penuh sabar pembangunan permainan ini yang akan dilancarkan kelak.

Untuk mendaftar sesi beta-tertutup ini, anda boleh KLIK DI SINI dan layari laman Facebook Ejen Ali untuk maklumat lebih lanjut.

 

Show More

Related Articles

Back to top button