HiburanTeknologi

Jepun Akhirnya Bina Gundam Boleh Gerak

Setakat ini 2 model robot bersaiz sebenar Gundam telah dibina dan diletakkan di bandar Odaiba, Tokyo.

Model Gundam RX-78-2 berskala 1/1 telah dibina pada 2012 dan diletakkan di Odaiba sebelum digantikan dengan model Unicorn pada 2017.

Terkini melalui laporan Japan Times, satu lagi robot berskala sebenar Gundam akan dibina di Yokohama, Jepun melalui Gundam Factory Yokohama.

Gundam Factory Yokohama tersebut akan mula beroperasi bermula 1 Oktober 2020 sehingga 3 Oktober 2021 sahaja di mana ianya akan mempamerkan robot Gundam, RX-78-2 terbaru ini yang boleh bergerak dengan berat sehingga 25 tan.

Melalui penjelasan Gundam Factory, ia adalah binaan yang berbeza dengan yang dipamerkan di Odaiba yang mana ia beroperasi sebagai tugu dengan pergerakan yang minimal.

RX-78-2 ini mampu bergerak secara keseluruhan dengan 24 sendi yang terbina di atasnya.

Pameran yang akan dibuka di Yokohama ini mempunyai 2 bahagian – satu adalah dok untuk pameran robot ini dan satu lagi adalah bangunan khas yang mempamer dan menjualkan barangan Gundam.

Bersempana dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Gundam Factory ini akan membuat pra-pembukaan untuk pengunjung pada hujung minggu Julai dan Ogos, namun RX-78-2 tidak akan membuat penampilannya sehingga Oktober.

Penampilan robot Gundam bersaiz sebenar dengan keupayaan bergerak penuh pasti akan menarik lebih banyak pelancong mengunjungi Jepun terutama di musim sukan Olimpik ini juga.

sumber: Japan Times / Aksiz

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close