Isu SemasaTeknologi

Kejohanan E-Sukan Dibatalkan Gara-Gara Virus Korona

Berikutan virus korona yang semakin membimbangkan di China, beberapa kejohanan e-sukan terpaksa dibatalkan atau dipinda tarikh bagi menjamin keselamatan dan kesihatan.

Antara yang membuat keputusan demikian adalah acara akhir World Electronic Sports Games (WESG) yang membatalkan acara mereka Februari ini di Macau.

Selain itu, League of Legends Pro League (LPL) yang tepaksa menunda minggu kedua untuk musim 2020 ini berikutan masalah ini.

Beberapa pengulas Bahasa Inggeris liga tersebut seperti Jake “Hysterics” Osypenko, Robert “Dagda” Price, Oisín “Penguin” Molloy, Clement Chu, dan Joe “Munchables” Fenny mengambil keputusan meninggalkan China.

“Kami tidak begitu tahu betapa bahayanya (virus ini), tetapi ia dilihat lebih buruk dari apa yang diperkatakan; jadi kami perlu keluar dari sini (meninggalkan China),” jelas Fenny dalam video yang dimuat-naik dalam Twitternya.

Namun tiada sebarang kenyataan mengenai tarikh yang baru dikeluarkan oleh pihak WESG dan LPL.

Walaupun kejohanan-kejohanan ini diadakan di luar kawasan larangan, larangan perjalanan membuatkan pemain dan kakitangan lebih sukar menjayakan acara-acara tersebut.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), walaupun penyakit itu menyebar di China, ia bukan kecemasan kesihatan global. “Ini adalah kecemasan di China,” jelas Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua pengarah WHO di dalam satu temubual bersama Vox.

 

sumber: polygon

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close