Isu SemasaSains

Kejadian Ini Mungkin Menyebabkan Bagaimana Bumi Beralih Dari Zaman Ais

Sebuah kawah asteroid di Australia dikenal pasti sebagai kawah tertua di dunia.

Asteroid yang melanda Yarrabubba di Australia Barat itu diperkirakan berlaku kira-kira 2.2 bilion tahun lalu sekali gus membentuk kawah yang berusia kira-kira separuh usia bumi.

Kesimpulan itu dicapai berdasarkan ujian mineral pada batu berkenaan dan para saintis menyifatkan ia sebagai penemuan yang menarik kerana boleh memaparkan peristiwa pemanasan ketika era tersebut.

 

Ditemui Pada 1979 Tetapi..

Sumber Imej: cosmosmagazine

Laporan kajian yang diterbitkan di jurnal Nature Communications menyatakan bahawa kawah tersebut ditemui di kawasan pedalaman pada 1979, namun ahli geologi tidak pernah menguji untuk mengetahui usia sebenarnya.

Hakisan sejak berbilion tahun lalu menyebabkan kawah tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan saintis perlu memetakan impak pada kawasan medan magnet untuk mengesahkan diameter berukuran 70 kilometer terbabit.

“Landskap itu sangat rata kerana usianya berbilion tahun, namun batuannya mempunyai ciri tersendiri,” kata penyelidik, Profesor Chris Kirkland.

 

Bagaimana Saintis Tahu Usia Kawah Tersebut?

Menurutnya, mereka dapat mengira usia sebenar kawah tersebut berdasarkan kristal pada batu itu yang mengandungi sejumlah kecil uranium yang merosot pada kadar konsisten.

“Ia berusia 200 juta tahun lebih tua berbanding impak struktur, Vredefort Dome di Afrika Selatan.

“Kami tertarik dengan kawasan itu kerana landskap Australia Barat adalah sangat usang dan kami tidak jangkakan kawah tersebut berusia berbilion tahun seperti itu,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close