Gaya HidupPercutian

‘Canopy Walk’ Terpanjang Di Dunia Terletak Di Utara Semenanjung Malaysia Rupanya!

Tersembunyi di antara pepohon tinggi dan rendang di sebuah hutan indah di Kedah, Laluan Kanopi Sungai Sedim adalah tempat yang wajib dikunjungi bagi yang sukakan aktiviti beriadah.

Laluan Kanopi Sungai Sedim ini adalah 950m panjang dan ia merupakan laluan terpanjang di dunia!

Terletak di lokasi ekopelancongan Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah berhampiran Bukit Hijau ia adalah setinggi 50m dari tanah.

 

Hampir Dua Kali Ganda Lebih Panjang Berbanding Taman Negara Pahang

Jika hendak dibandingkan dengan laluan kanopi di Taman Negara Pahang, di sana ia hanya sepanjang 530m manakala di Taman Negara Mulu panjangnya hanya 480m.

Walau bagaimanapun, menurut TheStar, laluan ini tidaklah tergantung pada mana-mana pokok sebaliknya ia adalah sebuah jambatan yang dibina dengan struktur besi yang kukuh.

Apabila berada di atas jambatan, anda boleh menikmati pemandangan bak burung terbang di ketinggian tersebut.

 

Pernah Saksikan Ular Rehat Di Pokok Tinggi

Selain daripada pemandangan hijau, pengunjung juga boleh mengenal jenis pokok yang terdapat di Hutan Lipur Sedim kerana setiap flora telah diletakkan label.

Perkongsian oleh pengunjung juga pernah menyaksikan ular di dahan pokok tinggi sedang berehat setelah kenyang dari makan tengaharinya.

Bagi yang berminat untuk mengunjungi laluan kanopi ini, anda dinasihatkan untuk membawa air kerana anda perlu merentas hutan melewati sebatang jalan untuk sampai ke Tree Top Walk ini. Tambahan lagi, setelah anda menaiki titian ini, tiada tempat untuk anda membeli minuman.

Selain daripada laluan kanopi ini, terdapat aktiviti yang lain juga di taman rekreasi berdekatan. Antaranya ialah flying fox, melihat burung, trekking dan banyak lagi.

Terdapat juga sungai berdekatan yang terkenal dengan aktiviti arung jeram.

Penginapan di Hutan Lipur ini turut disediakan. Ia dikenali sebagai Bintang Sedim Villa.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close