Teknologi

5 Pelajar MRSM Mengharumkan Nama Negara Di Sidang Kemuncak Young Founders 2019

Pada Sidang Kemuncak Young Founders 2019 (YFS2019) yang diadakan di Beijing, China, sekumpulan pelajar MRSM Bentong telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan meraih naib juara.

Kumpulan yang menamakan diri mereka Team AGRY ini telah membina sebuah aplikasi telefon pintar agro-tek yang membolehkan para petani mendapatkan akses internet dan berhubung dengan golongan profesional..

Sumber Imej: FB Majlis Amanah Rakyat

Aplikasi Bantu Para Petani

Aplikasi rekaan mereka ini juga dilengkapi dengan sistem pengenalan kesihatan yang membantu para petani mengenal penyakit tumbuhan.

Apa yang menyebabkan kemenangan Team AGRY ini lain daripada lain ialah kerana mereka merupakan satu-satunya kumpulan yang memasuki pertandingan tersebut tanpa mentor.

Disebalik kekurangan tersebut, lima pelajar ini telah menunjukkan kesungguhan dan potensi besar untuk berkembang.

 

Memenangi Mentorship Daripada Pakar

Dengan kemenangan ini, mereka membawa pulang wang tunai bernilai US$2,000 dan bakal mendapat mentorship daripada Founders Bootcamp yang berpangkalan di Los Angeles.

Belajar daripada mentor ini bakal membantu lagi inovasi muda ini cara yang lebih berkesan untuk membangunkan prototaip dan melakukan percubaan pasaran.

YSF2019 merupakan sebuah pertandingan start-up global dan program pemecut (accelerator) yang memfokuskan anak muda berbakat dalam bidang digital.

 

Peserta Daripada Pelbagai Negara

Penghantaran idea untuk memasuki idea ini adalah melalui kiriman video dan ia terbuka untuk seluruh dunia. Peserta yang terpilih untuk memasuki pusingan semifinal akan dibawa ke Beijing, China.

Empat daripada pasukan yang terpilih masuk ke semifinal adalah daripada Malaysia. Mereka ialah AGRY, LetUsFarm, Orange dan WM Technologies.

Mereka terdiri daripada 12 pelajar dari enam buah sekolah yang harus berhadapan dengan 22 kumpulan lain daripada tujuh negara.

Oleh sebab itu, ia merupakan kejayaan besar apabila anak muda negara berjaya meraih pingat di dalam pertandingan ini.

Selain daripada itu, mereka juga menerima bimbingan mentor selama enam minggu daripada pelbagai usahawan dan pakar dalam industri sebelum pembentangan akhir.

 

3 Kumpulan Lain Daripada Malaysia

Tiga kumpulan lain yang mewakili Malaysia turut memfokuskan pertanian yang mana ia berkaitan dengan perolehan data akuafonik (LetUsFarm) dan juga mewujudkan rangkaian sosial yang menghubungkan para petani dalam satu ekosistem (Orange).

Kumpulan WM pula telah mereka sebuah alat untuk membantu pemandu jalan raya kekal segar. Alat ini mengesan jika pemandu berada dalam keadaan mengantuk dan ia akan bergetar untuk memastikan pemandu dalam keadaan berjaga-jaga.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close