AntarabangsaIsu Semasa

31 Januari, Hari Bersejarah Untuk UK. Apa Yang Bakal Berlaku?

31 Januari merupakan bakal menjadi hari bersejarah untuk United Kingdom kerana pada hari tersebut negara tersebut akan meninggalkan EU dan mendapatkan semula ‘kemerdekaan’ mereka.

“Pihak kerajaan berniat untuk menggunakan saat ini sebagai proses pemulihan negara, menyatukan kembali komuniti dan melihat ke hadapan menjadi negara yang mahu kita bina untuk dekad seterusnya,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan UK.

Pada hari Jumaat bersejarah itu, Perdana Menteri Boris Johnson dikatakan bakal memberi ucaptamanya di pejabat sekaligus menamatkan perdebatan tentang isu ‘Brexit’.

Britain juga bakal mengeluarkan syiling istimewa sempena hari besejarah mereka yang mana menurut pihak Perbendaharaan, akan tertera “peace, prosperity and friendship with all nations” di atasnya.

Sumber Imej; thesun

Bagi penyokong Britain, mereka sedang mengadakan ‘crowdfunding’ bagi mengumpul dana untuk memperbaiki Big Ben yang tidak mengeluarkan bunyi sejak 2017 kerana sedang dalam kerja-kerja pemulihan.

Mereka mahu mendengar Big Ben berbunyi apabila jarum jam tersebut tepat pada 11 malam waktu tempatan bersamaan dengan kejadian Brexit.

Sumber Imej; yahoonewsUK

Sehingga kini, mereka telah mengumpul setengah daripada kos memperbaiki Big Ben yang memerlukan 500,000 pound untuk membolehkan jam tersebut berbunyi semula. Ini termasuk alat dipasang semula dan lantai sokongan yang membolehkan para pekerja melakukan kerja-kerja tersebut.

Walau bagaimanapun, idea ini telah mengundang kemarahan bagi mereka yang mengundi untuk tidak keluar dari kesatuan EU pada tahun 2016.

Oleh sebab itu juga pihak kerajaan telah menjauhkan sokongan daripada kempen Big Ben tersebut walaupun pada awalnya menyokong sepenuhnya.

Kini kerajaan telah merancang untuk sebuah jam disediakan di batu-bata hitam Downing Street untuk ambang Brexit yang bakal disambut tepat pada 11 malam.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close