Sukan

Atlet Hoki Berpeluang Dapat Diploma, Ijazah Tanpa Hadir Ke Kelas

“Kita cuba lakukan sesuatu seperti yang dilakukan komuniti hoki di negara-negara maju seperti di Eropah, Australia di mana segala aktiviti pembangunan sukan dilaksanakan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan daripada kerajaan.”

Itulah misi Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur terhadap atlet hoki tanah air.

 

Diploma/Ijazah Diperoleh Melalui Apa?

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur (PPSHKL), Muhamad Fariz Mustafa, atlet hoki berpeluang memiliki diploma/ ijazah yang diiktiraf tanpa perlu menghadiri kelas menerusi proses Pentauliahan Pengiktirafan Terdahulu (RPL).

Sumber Imej: SinarHarian

RPL tersebut adalah berdasarkan kepada pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki melalui pengalamannya bekerja (beraksi untuk negeri atau negara).

Pentauliahan berkenaan akan juga membantu memartabatkan lagi bidang sukan selain di samping memperkasakan kemahiran atlet, jurulatih dan pegawai sukan.

 

Kemahiran Diiktiraf Melalui Sijil Ini

“Kita cuba lakukan sesuatu seperti yang dilakukan komuniti hoki di negara-negara maju seperti di Eropah, Australia di mana segala aktiviti pembangunan sukan dilaksanakan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan daripada kerajaan.

“Misalnya, ada atlet yang lama bergiat aktif dalam sukan dan mempunyai pengetahuan luas dalam satu-satu jenis sukan; namun tidak pernah mendapat pengiktirafan.

“Jadi menerusi pensijilan ini membolehkan pengetahuan mereka itu diiktiraf dan mendapat kelayakan kemahiran (sijil daripada OTHM),” katanya.

 

Hockademy Tempatnya

Muhamad Fariz berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Hockyademy PPSHKL dan TGCC PLT yang diwakili pengerusinya, Datuk Ahmad Tajudin Jab di Stadium Hoki Kuala Lumpur.

Sementara itu Muhamad Fariz berkata, MOU berkenaan dilihat selaras dengan program Hockademy yang memfokuskan pembangunan jangka panjang.

“Seramai 40 pemain hoki lelaki dan wanita dipilih daripada Hockademy untuk terlibat dengan program ini. Beza kita dengan akademi pembangunan lain adalah dalam proses jangka panjang.

“Kita masukkan dalam program kita, apa akan jadi kepada pemain selepas bermain untuk bawah 12, bawah 15? Ke mana mereka? Kita juga kena kenal pasti, bukan semua akan jadi ahli sukan. Jadi kita masukkan dalam program ini,” tambahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button