Teknologi

Altel Memperlihatkan Shuttle 5G Tanpa Pemandu di Langkawi

Syarikat Altel Holdings Sdn Bhd, telah memperkenalkan sebuah self-autonomous vehicle (kenderaan pandu sendiri) di Malaysian Communications and Multimedia Commission’s (MCMC) 5G Demonstration Project (5GDP) bertempat di Langkawi pada 21 Januari lalu.

Kenderaan 4 tempat duduk ini sedang didemonstrasikan untuk digunakan sebagai shuttle tanpa pemandu untuk di Pelangi Beach Resort, Langkawi bermula 23 Januari hingga pertengahan bulan Februari.

Ini merupakan projek kerjasama Altel dan MooVita, sebuah sebuah syarikat pembina perisian dan kelengkapan ‘autonomous car‘ dari Singapura.

Shuttle ini mampu membawa empat orang penumpang ke lokasi-lokasi berhampiran, dimana ia menggunakan sepuluh radar LIDAR oleh Pioneer Smart Sensing Innovations untuk pengesanan pelanggaran 360 darjah yang akan membantu memperlahankan ataupun menghentikan kenderaan ini apabila radar-radar tersebut mengesan sesuatu di atas jalan.

Projek ini turut berkolaborasi Altel dan Telekom Malaysia Bhd bagi menyediakan rangkaian 5G untuk membolehkan MooVita terus menbangunkan teknologi mesra alam dan persekitaran yang lebih selamat.

Altel sendiri membekalkan solusi rangkaian teknologi tanpa wayar dan beroperasi sebagai Mobile Virtual Network Operator (MVNO).

“Teknologi autonomous akan memainkan peranan dalam pengangkutan orang dan objek serta meningkatkan tahap sekurtiti,” kata ketua pegawai operasi Altel, Akmal Fadzil.

“Kami membayangkan penggunaannya dalam mana-mana industri yang memerlukan pengangkutan dan logistik, tempat menarik dan kemudahan pendidikan,” jelasnya lagi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close