Teknologi

Disorder – Permainan TPS Terbaru Dengan Watak Unik Yang Tersendiri

Selepas PUBG Mobile dan FreeFire, para ‘gamers’ permainan mudah alih third person shooter (TPS) bakal menerima sebuah lagi permainan – Disorder.

Permainan ini mula diperkenalkan sejak tahun lepas dan bakal dilancarkan tidak lama lagi oleh NetEase Games yang menampilkan permainan online TPS berkonsepkan ‘capture flag’ atau boleh dikatakan seakan Counter Strike.

Bertemakan dunia di tahun 2030 dengan konsep sedikit futuristik, terdapat kumpulan-kumpulan yang sedang berperang seperti Pale Knight and Thermal Nuclear Conflict yang boleh anda pilih.

Terdapat 15 watak tersedia untuk digunakan. Seperti permainan Mobile Legends, watak ini memiliki kekuatan, peranan, dan keupayaan tersendiri yang juga boleh dinaik taraf semasa permainan.

Melalui pengumuman yang dibuat, setakat ini mod utama permainan ini adalah bersifatkan objektif dimana 5 pemain akan bergabung untuk menawan objektif seperti silo peluru berpandu (missile silo).

Namun, lebih banyak mod akan diperkenalkan apabila Disorder mula dilancarkan secara penuh dan rasmi.

Malaysia beserta beberapa negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina terpilih sebagai negara terawal yang dapat bermain Disorder di tarikh pelancarannya pada 28 Februari ini.

Pra-pendaftaran juga sudah pun dibuka dimana pendaftar akan menerima beberapa barangan bonus seperti kredit dalam permainan yang boleh digunakan apabila permainan dilancarkan kelak.

Kepada yang berminat, anda boleh melawati laman web rasmi dan laman Facebook Disorder untuk maklumat lebih lanjut.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close