AntarabangsaIsu Semasa

Abu Dari Gunung Berapi Taal Menjadi Sesuatu Yang Sangat Kreatif & Berguna

Sumber Imej: dw.com

Apabila gunung berapi Taal yang terletak di tengah-tengah Tasik Taal memuntahkan abunya hingga menutupi bandar berdekatan sejauh 15km, seluruh kawasan tersebut bertukar menjadi warna kelabu.

Peristiwa yang berlaku pada 12 Januari itu menyebabkan 70,000 penduduk harus dipindahkan ke pusat pemindahan.

Namun pada masa yang sama pegawai alam sekitar Filipina tetap berusaha untuk membersihkan kawasan yang terkena abu.

 

Abu Menjadi Sesuatu Lebih Berguna

Dengan abu yang sangat banyak itu mereka memutuskan untuk menggabungkan abu tersebut dengan pasir, simen dan plastik yang tidak digunakan lagi bagi menghasilkan 5,000 batu bata setiap hari untuk membantu membangunkan projek komuniti tempatan.

Pekerja di bandar Binan memproses abu menjadi batu bata.  (Photo by Maria TAN / AFP) Sumber Imej: Rappler.com

“Daripada hanya dengan menimbunkan abu pada satu kawasan sahaja, kami telah berjaya menjadikannya sesuatu yang berguna. Dan ini termasuk plastik juga,” jelas Rodelio Lee, pegawai alam sekitar bandar Binan.

 

Gunung Berapi Masih Berisiko Untuk Meletup

Dua hari yang lalu BeritaHarian melaporkan bahawa gunung berapi Taal berisiko tinggi akan meletus berikutan terdapat kesan pergerakan magma yang baharu selain peningkatan pelepasan gas toksik.

Filipina berada dalam kawasan ‘Lingkaran Api’ iaitu rangkaian gunung berapi melingkari Lautan Pasifik, yang turut menghadapi risiko gempa bumi yang tinggi.

Dengan abu dari letusan gunung berapi dan krisis plastik sekali guna yang melanda negara tersebut, pihak berwajib tempatan berharap projek ini bakal memberi impak positif kepada Filipina.

“Pada saat seperti ini, kreativiti kami menjadi lebih jelasm” kata datuk bandar Binan, Arman Dimaguila.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close