Sukan

Wow! Pocket Rocketman Bakal Menggunakan Basikal Trek Mencecah RM300,000 Untuk Olimpik 2020?

Skuad berbasikal Malaysia dikatakan sedang berkolaborasi dengan Vorteq, sebuah syarikat kajian dan pembangunan berpangkalan di Silverstone, UK yang memiliki kepakaran dalam sukan aerodinamik dan kini sedang membangunkan basikal WXR Vorteq.

Menurut TheStar, kos untuk membina sebuah basikal tempahan khas boleh mencecah 60,000 pound (RM300,000).

Ia dikatakan memiliki ciri berteknologi tinggi dengan komponen direka khas menggunakan karbon sepenuhnya di tempat duduk dan diintegarsikan bersama handlebar dan stem.

WXR Vorteq

Basikal ini dipanggil edisi basikal Tokyo Olympic dan telah mendapat kelulusan penuh dari Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI).

 

Malaysia Menggunakan Basikal Paling Mahal Dibandingkan Lain

Namun TheMalaysiaOnline melaporkan bahawa basikal tersebut tidak mencapai RM300,000 tetapi RM128,000 (€28,000) berdasarkan sebuah dokumen bocor yang dikirimkan kepada persekutuan lumba basikal serata dunia dan diserahkan kepada penerbitan basikal BikeRadar.

Menurut laporan, Worx Vorteq Track, rangka yang dibuat khas untuk pasukan pecut Malaysia itu merupakan basikal trek paling mahal berbanding pasukan lain.

Kos basikal tersebut sudah pasti akan mengejutkan ramai tetapi ia juga menunjukkan harapan yang tinggi diberikan oleh Institut Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negara terhadapnya sebagai orang harapan untuk membawa pulang emas untuk negara pada Olimpik Tokyo tahun ini.

 

Perancangan Sudah Dilakukan Sejak 2016

Menurut jurulatih Azizulhasni, John Beasley perancangan untuk mendapatkan basikal tersebut telah dirancang sebaik sahaja Azizul menjadi orang Malaysia pertama untuk mendapatkan podium di Sukan Olimpik pada Olimpik Rio 2016.

Ia merupakan kali kedua Azizul telah berhasil memasuki acara final keirin di arena Olimpik dan beliau memenangi pingat gangsa.

“Kami lihat Britain berkemampuan dalam trek berbasikal di Olimpik dan mahu menjadi seperti mereka. Mereka sangat berjaya dalam trek berbasikal dan kita akan memberikan terbaik untuk Azizul dengan sokongan terbaik dari segala aspek untuk membolehkannya membawa pulang keputusan yang cemerlang di Olimpik,” kata John Beasley yang telah membantu Azizul menjadi juara dunia di Hong Kong pada tahun 2017.

 

Malaysia Mahu Mengalahkan Pasukan Britain

Untuk rekod, Britain telah memenangi 20 daripada 30 pingat emas yang dipertandingkan di Olimpik sejak tahun 2008 di Beijing.

Sewaktu di Rio de Janeiro, Britain memenangi enam pingat emas.

Azizul yang merupakan juara dua kali sukan Asian kini menduduki tangga kedua di dunia dalam acara keirin lelaki dan sedang berharap Olimpik Tokyo membawa tuah kepada dirinya.

 

Perbandingan Harga Basikal Kita Dengan Negara Lain

TheMalaysiaOnline berkata laporan yang dikeluarkan BikeRadar menyebut Great Britain akan menggunakan Hope HB.T, yang berharga £15,500 (RM83,000) bagi rangka basikal yang standard.

Sementara itu, pelumba Jerman akan menggunakan rangka jenis FES B20 dan FES B16 masing-masing berharga €14,143.40 (RM64,200) dan €10,607.55 (RM48,600). Ia direka oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Peralatan Sukan Jerman.

Di bawah peraturan UCI, mana-mana basikal yang akan digunakan dalam Sukan Olimpik Tokyo perlu disahkan untuk kejohanan antarabangsa pada tarikh yang sama.

Senarai itu diberikan kepada semua persatuan lumba basikal kebangsaan demi keadilan, dengan menunjukkan semua basikal dan komponen yang ada di pasaran kepada semua peserta.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
Close