Teknologi

Fortnite Mengajar Untuk Menyelamat, Bukan Sahaja Membunuh

Minggu lalu Epic Games telah mengumumkan mod kreatif terbaru di dalam permainan Fortnite hasil kerjasama dengan gerakan bantuan, Red Cross.

Mod yang dinamakan “Liferun” ini diadakan bagi menyebarkan kesedaran dan bantuan kepada mangsa bencana dan juga keganasan.

Menerusi mod ini, pemain akan bermain beberapa misi menyelamat termasuk membantu mangsa, membina semula infrastruktur, mematikan periuk api dan memberikan bantuan-bantuan lain secepat yang mungkin.

“Kami perlu melibatkan diri dengan lebih 2 bilion pemain permainan video di seluruh dunia. Permainan video sudah menjadi hiburan mainstream dan platform sosial sudah lama. Kami juga tahu pemain-pemain ini terdiri daripada bekas, masih atau pun bakal askar dan perajuti, CEO syarikat, peguam malah pemimpin politik. Kami perlu berinteraksi dengan mereka dengan bijak untuk menjelaskan bahawa orang awam sedang menderita di dalam konflik dunia,” jelas Jennifer Hauseman, wakil Red Cross & Fortnite.

Mod ini telah diumukan ketika acara PAX South Ahad lalu oleh ‘game streamer’ seperti Dr. Lupo, Lachlan dan One Shot Gurl.

Mereka akan mengadakan strim secara langsung melalui platform media sosial mereka bermain mod terbaru ini bagi mengutip sumbangan orang awam untuk membantu mangsa-mangsa bencana terutama bencana terbaru yang berlaku di Australia.

Permainan video turut digunakan untuk perkara-perkara yang baik menerusi kebajikan. Desert Bus for Hope, Zlan dan Games Done Quick kerap melakukan beberapa sumbangan kebajikan melalui ‘gameathons’ yang dijayakan mereka.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close