AntarabangsaIsu Semasa

Apa Sebenarnya Yang Berlaku di Forum Ekonomi Dunia Davos?

Para pemimpin tertinggi dunia dari bidang politik, perniagaan, golongan sivil, ahli akademik, pengamal media dan ahli seni akan turun di desa pergunungan Switzerland di Davos untuk Mesyuarat Tahunan ke-50 Forum Ekonomi Dunia dari 21-24 Januari.

Acara tahun 2020 itu akan menerima hampir 3,000 peserta dari 117 negara, termasuk 53 ketua negara seperti Presiden AS Donald Trump dan Canselor Angela Merkel dari Jerman.

Adakah Davos hanya sekadar forum untuk memeterai perjanjian perniagaan?

Akan ada banyak pemimpin perniagaan di Davos iaitu mereka yang membuat keputusan besar yang dapat mempengaruhi semua orang.

Tetapi bukan itu sahaja. Kira-kira satu pertiga peserta adalah golongan sivil termasuk kumpulan yang berkempen tentang kemiskinan dan ketidaksamaan, persekitaran dan hak asasi manusia serta ahli akademi dan pengamal media.

“Kami sering mempunyai lebih banyak kesatuan sekerja daripada bank pusat, lebih banyak ahli sains Nobel daripada ahli ekonomi Nobel,” kata Oliver Cann, Ketua Komunikasi Strategik di Forum Ekonomi Dunia.

Banyak organisasi ini melihat Davos sebagai masa terbaik untuk menarik perhatian para pemimpin dunia. Setiap tahun, Oxfam menerbitkan laporan tahunan mengenai ketidaksamaan global: tahun ini, mereka akan disertai oleh Greenpeace dan WWF dan banyak organisasi lain yang ingin membentuk agenda mesyuarat.

 

Apakah fokus utama forum tahun ini?

Tema untuk Davos 2020 adalah Pihak Berkepentingan Untuk Dunia Yang Lebih Kohesif dan Lestari, dengan tumpuan untuk memperbaharui konsep kapitalisme pihak berkepentingan agar dapat mengatasi ketidaksamaan pendapatan, pembahagian sosial dan krisis iklim.

Mesyuarat itu akan menumpukan kepada enam bidang aktiviti utama yang mana pihak berkepentingan dapat memajukan misi mewujudkan dunia yang lebih kohesif dan mampan: Ekologi, Ekonomi, Masyarakat, Industri, Teknologi dan Geopolitik. Topik-topik ini akan diterokai melalui hampir 400 sesi berbeza.

 

Ada yang kata ia sebuah forum rahsia. Betul ke?

Sebenarnya, ia bukan rahsia. Anda tidak boleh muncul di Davos pada hari itu dan berharap dibenarkan masuk ada kerana tempatnya terhad.

Untuk memastikan orang ramai dimaklumkan, terdapat lebih daripada 1,000 wakil media iaitu satu untuk setiap tiga peserta.

Anda juga dapat menonton siaran langsung dengan lebih daripada 150 sesi yang tersedia untuk ditonton dalam talian dan laman web tertentu akan menyiarkan sorotan utama mesyuarat setiap hari.

Tahun ini, orang ramai turut dijemput untuk mengambil bahagian secara langsung. Sekiranya anda mempunyai idea untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik sama ada mengenai persekitaran, politik, teknologi atau subjek lain, forum menerima video daripada anda. Video yang terbaik akan dipaparkan di laman web dan dikongsi menggunakan hashtag #fairerworld.

Dan buat pertama kalinya, Forum telah menjemput sekumpulan penggiat YouTube dari seluruh dunia yang akan bertanggungjawab memuat naik video dari Davos untuk memberikan perspektif baru dan mencapai khalayak yang baru dan muda.

 

Apabila disebut tentang ‘Forum Ekonomi’, pasti akan membayangkan forum ini bakal menjadi ‘Perhimpunan Pemimpin Lelaki’. Namun…

Hakikat bahawa penyertaan lelaki yang lebih ramai berbanding wanita di Davos, bukan sekadar masalah untuk Forum Ekonomi Dunia tetapi masalah bagi kepimpinan dunia.

Perkadaran peserta wanita semakin meningkat tahun ini di mana 24% adalah perempuan. Ini adalah lebih daripada jawatan menteri yang dipegang oleh wanita di seluruh dunia (21%) dan lebih banyak daripada bahagian Fortune 1000 CEO (6%).

Untuk menangani isu ketidaksamaan jantina yang lebih luas, Forum Ekonomi Dunia telah melancarkan Laporan Gap Gender Global pada tahun 2005 dan telah berkomitmen untuk sekurang-kurangnya menggandakan jumlah wanita yang datang ke Davos dalam sepuluh tahun akan datang.

Kepelbagaian bukan hanya mengenai jantina. Di Davos tahun lepas, Greta Thunberg yang berusia 16 tahun menggunakan platformnya untuk memberitahu para pemimpin dunia dan seluruh dunia untuk membangunkan perubahan iklim.

Tahun ini, Greta akan disertai oleh sembilan remaja ‘Changemakers’ yang lain. Naomi Wadler, 13, yang berkempen melawan keganasan senjata di Amerika Syarikat. Cruz Erdmann, 14, adalah jurugambar hidupan laut yang memenangi anugerah. Autumn Peltier, 15, adalah ‘pejuang air’ yang berkempen untuk hak-hak masyarakat Bangsa Pertama di Kanada yang airnya telah tercemar oleh aktiviti perindustrian dan talian paip minyak.

Dengan fokus untuk membentuk semula kapitalisme, usaha untuk mewujudkan masyarakat lebih adil dan menyelamatkan planet ini dari bencana iklim akan dilaksanakan. Inisiatif termasuk menanam pokok, menyediakan satu bilion orang dengan kemahiran baru dan cara baru mengukur bagaimana perniagaan melayani semua pihak berkepentingan mereka dan bukan hanya pemegang saham.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close