Bisnes & Ekonomi

Tan Sri Vincent Tan Melabur Ke Dalam Dego Ride?

Sudah pasti sekarang ramai sudah tahu tentang perkhidmatan e-hailing dua roda Malaysia yang akhirnya berjaya meluncurkan modal perniagaannya di tanah air pada tahun 2020.

Dego Ride yang bermula pada tahun 2017 tidak dapat direalisasikan akibat daripada kekangan oleh kerajaan pada ketika itu.

Kini mereka telah mula beroperasi dengan 700 pemandu motosikal yang diiktiraf.

Mereka memberikan perkhidmatan menumpang kenderaan bermotosikal dua roda itu kepada pelanggan yang berada di daerah Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya buat masa sekarang.

Dego Ride dilihat bakal menyemarakkan lagi industri e-hailing tanah air dengan memberi pesaingan kepada Grab yang juga memberikan perkhidmatan yang sama selain daripada e-hailing kereta dan juga GrabFood milik syarikat yang kini berpangkalan di Singapura itu.

Dego yang berpangkalan di Johor masih baru bermula tetapi TheStar melaporkan bahawa mereka sudah pun mendapat pelaburan daripada taikun Malaysia, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Beliau yang merupakan pengasas Berjaya Corp sebelum ini telah melabur ke dalam pelbagai syarikat teknologi seperti MOL, firma e-pembayaran yang memiliki saham bernilai 3.5juta dalam Facebook tetapi kini dimiliki oleh Razer dengan transakski bernilai RM238juta beserta kepentingan 1.02% dalam syarikat tersebut kini disenaraikan dalam bursa Hong-Kong dan memiliki pasaran kapital bernilai US$1.5bil.

Selain MOL, Berjaya Corp juga pernah memiliki DiGi sebelum mereka mencualnya kepada syarikat Norway, Telenor dengan transaksi bernilai RM1.5bil.

Kini Tan Sri Vincent Tan bakal melabur RM7.5juta ke dalam Myinteractivelab Sdn Bhd (MSB) yang memiliki Dego dengan kepentingan ekuiti sebanyak 46.45%.

Mereka membuat pengumuman dan berkata transaksi pemilikan tersebut akan dilakukan melalui 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd yang juga dipegang oleh Tan Sri Vincent.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan dalam bursa saham, 7-Eleven berkata walaupun perkhidmatan motosikal itu masih baharu dan berada dalam peringkat percubaan, namun perkhidmatan seperti ini sudah diterima baik di negara seperti Indonesia dan Vietnam.

“Mereka memberikan kita alternatif kepada pilihan pengangkutan pada kadar yang lebih mampu,” katanya sambil menambah bahawa Dego dijangka bakal membawa sinergi tambahan baharu kepada pelanggan 7-Eleven dengan rancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan dalam masa terdekat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close