Bisnes & Ekonomi

Perniagaan Sosial Adalah Cara Terbaik Untuk Menyelesaikan Masalah Dunia!

Mencari idea perniagaan itu kadang kala sukar untuk timbul tetapi seorang pemuda di Chad, negara bahagian tengah Afrika melihat masalah elektrik yang sentiasa terputus dan tidak ada orang lain yang mahu melakukan sesuatu tentang perkara itu sejak dirinya kecil telah mendorongnya untuk melakukan sesuatu dengan membina perniagaan sosialnya sendiri.

Kini Youssouf Ali Mbodou yang berusia 30 tahun telah menjadi pengasas kepada sebuah startup yang menggunakan tenaga solar bernama Kouran Jabo yang membawa maksud mengembalikan tenaga dan ia adalah perkataan yang dikeluarkan oleh orang di Chad apabila elektrik kembali lagi.

 

Chad Negara Ke-2 Paling Mundur Di Dunia

Chad merupakan antara negara yang paling kurang membangun di dunia tetapi kini ramai yang telah melihat startup sebagai sumber mencari pekerjaan dan memberikan perkhidmatan seperti elektrik dan pengurusan pembuangan.

Dengan populasi 16 juta orang yang hidup tanpa bekalan elektrik dan pengurusan pembuangan yang betul, Mbodou adalah generasi pengusaha muda yang mahu melihat keadaan negaranya berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya bercakap kepada diri saya sendiri, tiada siapa akan melakukan sesuatu tentang perkara ini,” luah Mbodou kepada Reuters.

Bekalan elektrik hanya sampai ke 10% penduduk Chad dan di sini juga tidak ada perniagaan warga tempatan.

Oleh sebab itu Mbodou mengambil inisiatif untuk menyalakan tenaga elektrik untuk negaranya di mana undang-undang perniagaan adalah agak ketat yang menyebabkan pelaburan sangat sedikit dan idea keusahawanan itu tidak difahami ramai.

 

Semua Barang Di Chad Adalah Import

“Dari pengalaman saya di luar negara, saya tahu di Chad akan menjadi dua kali ganda lebih sukar,” katanya Chad yang pernah berkerja sebagai seorang perunding di Perancis dan Dubai sebelum ke kampung halaman.

Chad yang tidak dikelilingi oleh laut merupakan negara yang menghasilkan minyak dan mengimport semua perkara dari sabun hinggalah ke beras dan kasut.

Kalau disebut tentang politik, negara itu memiliki keadaan politik yang tidak berubah sejak Presiden Idriss Deby memerintah pada tahun 1990.

Dalam indeks kesihatan, pendidikan dan kualiti kehidupan, Chad terletak di tangga ketiga paling bawah.

Walau bagaimanapun, sejak Mbodou menubuhkan syarikat startupnya pada tahun 2018, dia telah menjual 400 kit solar pay-as-you-go itu dan orang di Chad mula bercakap tentang keusahawanan pada tahun 2015 di mana negara lain di Afrika sudah memiliki hub startup dan inkubator jauh lebih dahulu.

 

Penduduk Chad Baru Terdedah Dengan Perniagaan Pada Tahun 2015

Namun menurut Christian Routouang, yang mengaturkan Minggu Keusahawanan Global tahunan di Chad berkata orang di Chad semakin teruja dengan idea menjadi seorang usahawan sehingga seramai 4,500 telah menyertai program yang dirancang olehnya.

Diangomian Etieene, pengasas Eco-Ville, sebuah startup yang mengumpul, menyusun dan mengitar semula bahan buangan di ibu kota Chad berkata dia berharap 500 pekerjaan hijau untuk anak muda akan terwujud sebelum 2030.

Eco-Ville telah memenangi 1,000,000 CFA Francs (RM6,990) pada sebuah acara tetapi tidak menerima sebarang sumber dana lain dan dengan ketiadaan skim di Chad untuk membantu perniagaan kecil membayar cukai potensinya untuk berkembang mungkin agak terhad.

Tetapi kini Chad sedang mengubahsuai prosedur untuk membina perniagaan dan memperbetulkan undang-undang perniagaannya bagi menggalakkan pelaburan.

 

Chad Baru Hendak Bermula

Pada tahun 2019, indeks perniagaan oleh Bank Dunia telah meningkat dari tempat terakhir pada tahun 2014 kini menduduki di tangga 181 daripada 190 negara.

Walaupun kebanyakan daripada orang di Chad tidak yakin untuk menjadi seorang pengusaha kerana mereka telah dididik oleh negara untuk bekerja untuk kerajaan, tetapi kini kerana kesukaran untuk dapat pekerjaan, anak muda sekarang mahu untuk melanggar norma tersebut dan terjun ke bidang keusahawanan.

“Masih terdapat salah faham tentang konsep keusahawanan dan orang ramai masih belum lihat ia sebagai sebuah pilihan yang bijak untuk dijadikan kerjaya,” kata Marie Mornonde, 23 tahun yang menubuhkan syarikat bernama Nutri-all yang mengeluarkan produk makanan sihat tetapi masih sukar untuk mendapatkan dana.

 

Mencari Pelabur Luar Negara

Bagi Mbodou, memang kesukaran untuk memulakan perniagaan adalah sangat tinggi di Chad dengan kebanyakan penduduk Chad tidak tahu tentang penggunaan solar apatah lagi untuk mempercayai kebolehannya tetapi Mbodou tetap menjalankan idea tersebut menggunakan wang simpanannya.

Usaha Mbodou tidak sia-sia kerana terdapat permintaan tenaga elektrik tersebut dan kini Mbodou ingin mencari pelabur syarikatnya kerana dia sudah yakin untuk maju satu langkah ke hadapan dengan matlamat untuk memberi tenaga elektrik kepada 1 juta rumah sebelum tahun 2030.

“Terdapat orang yang mahukan duit dan lakukan impak, kita hanya perlu keluar dan mencari mereka,”- Youssouf Ali Mbodou.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close