Gaya Hidup

Azam Hijau Tahun 2020 Untuk Anda Yang Mahu Lakukan Sesuatu Yang Baharu

Masih belum terlambat untuk membuat senarai azam tahun baru alaf baru 2020 ini. Salah satunya mungkin boleh dilakukan untuk kebaikan dan alam sekitar.

Walaupun tidak semua daripada kita boleh menukar cara kehidupan kita secara drastik seperti yang dilakukan oleh aktivis remaja Gretha Thunberg, tetapi kita boleh cuba dengan melakukan sedikit perubahan dengan menambahkan aktiviti bercucuk tanam untuk keharmonian alam sekitar.

Antara azam tahun baru bagi yang ingin memulakan hobi baharu ialah dengan berkebun:

1. Tanam pokok yang boleh mengurangkan gas CO2.

Pokok yang tumbuh cepat dan bersaiz besar selalunya mampu melakukan ini terutamanya jika tumbuhan itu memiliki daun yang lebat.

Jika ruang untuk menanam pokok adalah terhad untuk anda, boleh cuba dengan tanaman berbunga.

2. Bantu haiwan dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan

Apabila tumbuhan yang ditanam adalah pelbagai, mereka memiliki harapan untuk tumbuh lebih baik dan apabila terdapat pelbagai spesies tanaman, pelbagai haiwan lain bakal mendapatkan keuntungan (makanan/nutrien) daripada tumbuhan yang ditanam itu.

Ia adalah kitaran yang baik kerana haiwan seperti serangga juga membantu kemandirian tumbuhan tersebut dengan menyebarkan polen.

3. Elak menggunakan gambut.

Sejumlah besar karbon dioksida tersimpan di dalam gambut. Jika ia digembur, CO2 boleh terbebas. Gambut biasanya digunakan untuk menanam pokok dan walaupun terdapat tanah yang dijual menyatakan ‘gambut dikurangkan’ tetapi selalunya 80% daripada bahan di dalamnya adalah terdiri daripada gambut.

Oleh sebab itu, carilah alternatif lain seperti kompos, humus kulit dan serat kayu atau tanah bebas gambut atau tanpa gambut sebagai tanah untuk tumbuhan anda.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close