AntarabangsaIsu Semasa

Lampin Bayi, Bra Boleh Digunakan Sebagai Alternatif Penutup Muka

Gunung berapi Taal yang memuntahkan abunya sejak beberapa hari lalu kelihatan makin reda tetapi seismologi berkata penduduk sekitar masih perlu berjaga-jaga, sementara pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran supaya mangsa tidak kembali ke kediaman masing-masing.

Sumber Imej: euronews

Bagaimanapun, masih ada sebilangan penduduk yang mengambil risiko kembali semula ke rumah walaupun sedar bakal berdepan dengan bahaya memandangkan gunung berapi itu berada dalam keadaan paling aktif dan berbahaya.

Di beberapa kawasan termasuk Bandaraya Tagatay yang menjadi lokasi tumpuan perniagaan, pemilik kedai dilihat sibuk membersihkan kesan abu daripada letusan gunung berapi itu dan bersedia untuk kembali menjalankan aktiviti seperti biasa.

 

Bekalan Penutup Muka Kritikal

Sumber Imej: panaynews

Pada masa yang sama, Phillipine Daily melaporkan bahawa penutup muka di sana meningkat naik serta bekalannya tidak mencukupi.

Namun begitu, warga Filipina yang inovatif yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan untuk mengelak diri mereka daripada menghidu udara bertoksik dan debu yang dikeluarkan oleh lahar gunung Taal.

Penolong Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dr Francis Laxamana memberi kebenaran dalam sebuah taklimat akhbar dan menyatakan kain lampin bayi juga berkesan sebagai penutup muka jika penutup muka sudah tidak lagi di pasaran.

“Ia mungkin berkesan. Lampin bayi selalunya mengatakan ia mampu ‘kekal kering’, oleh itu anda boleh lembapkannya dahulu supaya anda tidak akan sesak nafas dan menghalang abu,” kata Laxamana setelah ditanya jika lampin boleh menjadi alternatif kepada penutup muka.

 

 

Bra, kain dalam dan kemeja juga boleh digunakan!

“Sangat bagus, kreatif, dan praktikal cara ini. Jika perkara semakin memburuk dan anda tidak memiliki penutup muka, alternatif ini boleh digunakan.

Terdapat cara lain yang juga kreatif ialah dengan menggunakan kemeja. Cara kreatif yang lain juga termasuk menggunakan bra dan seluar dalam. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan,” tambah Laxamana.

Sejak gunung Taal mengeluarkan debunya, ia telah menjejaskan kawasan Metro Manila dan penutup muka N95 telah naik harga sebanyak RM16 untuk sekeping penutup muka. Malah penutup muka yang biasa juga telah habis dijual di kedai-kedai.

Penutup Muka N95. Sumber Imej: cosmo.ph

Sejak lima abad lalu, gunung berapi Taal meletus lebih daripada 30 kali dan terbaharu pada 1977.

Kebanyakan rumah dan kawasan pertanian musnah akibat dihujani debu panas yang dibebaskan Taal namun tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian itu.

Sejak akhir minggu lalu, lebih 121,000 penduduk di wilayah Batangas telah dipindahkan ke 373 pusat penempatan sementara yang sesak dan memerlukan bantuan segera termasuk topeng muka, tandas mudah alih, botol air serta tikar untuk tidur.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close