Teknologi

Samsung Dengan Telefon Pintar Skrin Lipat Terbaru Selepas Galaxy Fold

Kini Samsung dilaporkan sedang membangunkan model terbaru telefon pintar dengan skrin lipat selepas Galaxy Fold dilancarkan tahun lepas.

Rekaan ini pernah diumumkan secara ringkas ketika persidangan pembangun pada Oktober 2019 yang lepas.

Namun begitu, rekaan terbaru ini menampilkan skrin lipat yang bukan dibuka ke tepi, tetapi ke atas.

Pelbagai nama untuk model terbaru diura-urakan seperti Galaxy Z Flip, Galaxy Bloom dan Galaxy Fold 2 – namun, Samsung tidak memutuskannya lagi.

Telefon pintar mempunyai skrin boleh lipat sebesar 7.3 inci apabila dibuka. Rekaanya sedikit sebanyak menyerupai Motorola Razr skrin boleh lipat terbaru.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai telefon ini, walaupun begitu terdapat khabar angin telefon dengan skrin lipat Samsung ini mampu membuat rakaman video 8K.

Ia juga dikhabarkan akan dikuasakan dengan processor Qualcomm Snapdragon terbaru dan semestinya disokong keupayaan 5G.

Apa yang menjadi kebimbangan orang ramai adalah Samsung tidak mengulangi kesilapan dengan skrinnya seperti beberapa masalah yang berlaku pada Galaxy Fold terdahulu.

Kita sama-sama nantikan maklumat lanjut dan bagai telefon ini berfungsi sepenuhnya ketika acara Samsung pada 11 Februari ini.

sumber: cnet

Show More

Related Articles

Back to top button