Gaya HidupKesihatan

Ini Sebabnya Mengapa Kadang Kita Bangun Dari Tidur Dan Rasa Lesu

Jika seseorang itu tidur dalam bilik tidur tertutup dan alat penghawa dingin dipasang semalaman, adakalanya anda akan bangun rasa lesu dan tidak secergas biasa.

Ini kerana kadar karbon dioksida (CO2) dalam ruang tersebut telah meningkat.

Situasi ini akan lebih teruk jika seseorang itu menghidap asma.

Oleh itu ia adalah penting untuk mengadakan sedikit ruang untuk mendapatkan udara segar dari luar masuk ke dalam ruang tertutup tersebut.

 

Tumbuhan Boleh Bantu Tingkatkan Oksigen Ruangan?

Terdapat juga cadangan untuk meletakkan tumbuhan yang boleh hidup di dalam ruangan di dalam rumah untuk memastikan kitaran oksigen yang baik tetapi menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Green Building Council, Tang Chee Khoay, kita memerlukan banyak tumbuhan tersebut untuk mendapatkan kandungan oksigen yang optimum dan bukan hanya satu atau dua pasu sahaja.

 

Bagaimana Pula Jika Penghawa Dingin Berpusat Seperti Di Pejabat?

Bangunan komersial yang memiliki penghawa dingin berpusat mempunyai sistem yang direka untuk memastikan udara segar dari luar memasuki ruangan. Namun ramai yang lebih memilih untuk menutup bolong penghawa dingin ruang luar untuk menjimatkan kos.

“Kandungan karbon dioksida yang tinggi akan membuat seseorang itu mengantuk dan ruang udara terasa pengap. Ini termasuk dalam kenderaan. Ianya lebih baik untuk membuka ruang udara dari luar masuk supaya orang yang berada dalam kenderaan terasa lebih segar,” kata Presiden Persatuan Penghawa Dingin dan Penyejukan ASEAN, Datuk Seri Dr Ricky Yaw kepada TheStar.

 

Ruang Tertutup Berhawa Dingin Juga Menyebabkan Ini..

Selain daripada peningkatan kandungan karbon dioksida di dalam ruang berhawa dingin yang tertutup, mikroorganisma seperti bakteria dan fungi juga mungkin boleh membiak jika proses udara sejuk menjadi suam terjadi pada kadar yang tinggi lalu kondensasi dan kelembapan meningkat dan ia tidak dapat dibebaskan keluar.

Oleh itu adalah dinasihatkan untuk pengguna melakukan servis penghawa dingin untuk memastikan kualiti udara dalam rumah berada di paras yang baik.

“Sistem alat penghawa dingin akan merosot apabila koilnya tidak dibersihkan dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang tinggi dan aliran udara berkurangan serta menyebabkan paras kelembapan meningkat,” jelas William Rodney Yeo, pengurus pengarah Airestec, sebuah syarikat mesra alam yang menitik berat kehidupan serta sains alam sekitar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close