Teknologi

Marvel Juga Kini Mempunyai Permainan MOBA Sendiri

Bagi peminat permainan MOBA (Massive Online Battle Arena) seperti League of Legends atau Mobile Legends, tahukah anda Marvel juga mempunyai satu permainan bergenre yang sama?

MARVEL Super War merupakan permainan MOBA pertama dikeluarkan Marvel yang dibangunkan oleh sebuah syarikat China, NetEase Games.

Sama seperti LOL dan Mobile Legends, permainan ini berkonsepkan lima lawan lima dengan objektif menghancurkan pengkalan lawan sambil mempertahankan pengkalan sendiri.

Terdapat 24 watak Marvel (setakat artikel ini ditulis) yang boleh digunakan yang dibahagikan kepada enam kelas; fighter, energy, marksman, assassin, tank dan support.

Antara karekter-karekter popular Marvel yang terdapat di dalam permainan ini termasuklah ahli-ahli Avengers, Beast, Magneto, Storm, Deadpool, ahli-ahli Guardians of Galaxy, Fantastic Four, dan juga Thanos; di mana setiap karekter mempunyai keupayaan yang berlainan dan kuasa utama yang tersendiri.

Watak-watak Marvel ini juga turut mempunyai ‘skin’ yang berlainan dimana pemain boleh memperolehinya melalui loot box atau pembelian dalam permainan.

Bagi anda yang minat Marvel dan MOBA, MARVEL Super War kini boleh dimuat turun secara percuma di GooglePlay Store dan Apple Store.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close