Bisnes & EkonomiTeknologi

Shenzhen: Bandar Paling Canggih Dunia Mengalahkan Silicon Valley?

“Jika anda kisah tentang kecepatan dan inginkan sesuatu yang berkualiti, Shenzhen memiliki rantaian bekalan serta jaringan yang berpengalaman untuknya,” kata Jamie Salter yang membesar di London dan juga seorang graduan Cambridge yang tiba di ‘Silicon Valley’ China untuk bekerja di sebuah syarikat Amerika Syarikat, HAX yang melabur dalam startup perkakasan (hardware) di Shenzen dan juga San Francisco.

Di HAX Shenzhen, ia merupakan pejabat terbuka di mana usahawan muda seperti Salter akan bekerja keras dalam membangunkan prototaipnya yang pertama menggunakan komponen elektronik yang terdapat di pasar yang hanya terletak di bawah bangunan tersebut.

 

Shenzhen Memiliki Banyak Kelebihan Berbanding Tempat Lain

Seorang lagi protege HAX yang berasal dari Kanada, Nikita Iliushkin yang sedang membangunkan dron baharu berkata Shenzhen memiliki banyak kelebihan berbanding tempat lain di dunia.

“Di sini anda boleh mendapatkan bekalan daripada pelbagai syarikat yang bekerja pada kadar yang sangat sangat cepat. Oleh itu kami boleh melakukan kerja berulang dengan kadar yang lebih cepat.

Satu minggu di Shenzhen seperti satu bulan di tempat lain,” katanya kepada China Daily.

Hari ini Shenzhen dikenali sebagai pakar perkakasan dunia terima kasih kepada jumlah kilang dan penjual yang kian meningkat di situ.

 

Shenzhen Tempat Paling Maju Di Dunia?

Shenzhen juga merupakan tempat paling maju dalam rangkaian industri perkakasan digital di dunia dan memiliki modal intelektual yang sangat banyak.

“Sebagai startup perkakasan, kita sudah pasti tidak memiliki banyak wang dan disebabkan itu juga kita tidak memiliki waktu yang banyak dan perlu menembusi pasaran pada kadar segera. Oleh itu tempat yang paling tepat untuk melakukan semua perkara ini ialah sudah pasti di Shenzhen,” ujar Salter.

Syarikat startup Salter kini memiliki alat jurulatih sukan digital yang menganalisa teknik menggunakan ski pada masa yang sebenar dan memberi makum balas segera sewaktu bermain di cerun.

Dengan China bakal menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan sedang menggalakkan 300 juta orangnya untuk mula bersukan di ais dan salji, Salter melihat terdapat potensi yang besar ke atas ciptaannya.

 

Pereka Kereta Tersohor Juga Kini Berpangkalan Di China

Wolfgang Egger, pereka kereta Jerman yang terkenal juga merealisasikan impiannya di Shenzhen dengan bekerjasama dengan BYD, sebuah syarikat yang mencipta kereta elektrik dan berpangkalan di Shenzhen.

Egger yang mencadangkan pembinaan sebuah pusat pembuatan BYD diadakan di Shenzhen berkata “dengan peluang untuk merekacipta sesuatu seperti ini daripada kosong ia merupakan cabaran besar yang saya perlukan.”

Egger yang memiliki pelbagai pengalaman daripada syarikat dan jenama sebelum ini berkata ini merupakan sebab utama mengapa dia menyertai sektor pembuatan kereta China tiga tahun yang lalu.

“Pada masa itu, trend kereta elektrik di belahan dunia lain tidaklah begitu kuat sedangkan China sedang memimpinnya,” jelas Egger.

“Saya sedang melihat projek berdasarkan identiti dan masa depan elektrik. BYD adalah pilihan terbaik yang saya ada,” tambah Egger.

Sewaktu Shanghai International Automobile Industry Exhibition pada bulan April tahun lalu, BYD telah memperkenalkan konsep kereta elektrik mereka yang pertama iaitu E-SEED GT dengan reka bentuk “Muka Naga”.

Ia terinspirasi daripada budaya orang Hongshan, China sejak beribu tahun lamanya. Disebalik rekabentuk yang mengancam, Egger dan pasukannya mencari inspirasi untuk mencari identiti jenama dalam budaya China.

Ini juga selari dengan semua kereta keluaran BYD yang dinamakan berdasarkan dinasti sejarah China.

 

UNESCO Turut Mengiktiraf Shenzhen Sebagai Bandar RekaBentuk

Keunikan bandar Shenzhen ini juga telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai bandar rekabentuk pertama China pada tahun 2008.

“Konsep rekabentuk moden China telah dibina di Shanzhen dan semakin meningkat menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk di bandar tersebut,” kta Unesco di dalam lam web mereka.

Egger turut menyokong perkara ini dengan mengatakan bahawa Shenzhen seharusnya menjadi bandar reka bentuk China kerana terdapat semua elemen di sini iaitu teknologi, anak muda dan tren yang sedang meningkat.

 

Pelbagai Institut Kajian Oleh Pemenang Nobel Laureates Juga Ada Di Shenzhen

Selain daripada itu, sekurang-kurangnya lima institut kajian dipelopori oleh pemenang Nobel laureates telah dibuka di Shenzhen.

Antaranya ialah Arieh Warshel yang memenangi Nobel laureate dalam bidang kimia pada tahun 2013. Beliau berkata,”Shenzhen memiliki teknologi tinggi yang membolehkan kita berinovasi dan berkolaborasi secara berprinsip dan terdapat banyak sumber untuk membantu kita melakukan inovasi tersebut.”

 

Shenzhen Telah Menarik 90% Pelaburan Dari Pelbagai Syarikat Di Serata Dunia

James Corner, seorang arkitek landskap dan pereka urban yang pernah menjadi salah seorang perancang bandar di Shenzhen berkata untuk mereka sebuah bandar moden abad-21 berkata Shenzhen telah berubah menjadi sebuah bandar yang memiliki kombinasi teknologi baharu dengan bangunan serta program yang berintegrasi dengan sistem semulajadi alam iaitu taman dan ruang terbuka.

Shenzhen kini sedang menarik pelbagai modal dan bakat untuk menjadi model pembangunan bagi bandar lain di China dan serata dunia.

Dalam tiga suku pertama pada tahun 2019, Shenzhen telah melihat peningkatan pelaburan luar negara sebanyak 90%.

 

Bukan Hanya Syarikat Startup Tetapi Multinasional Turut Tidak Ketinggalan Melabur

Pada tahun 2019, syarikat multinasional seperti Airbus, Boston Consulting Group dan Accenture sudah dilihat memasuki Shenzhen.

Shenzhen juga dilihat bakal memainkan peranan global untuk mereka piawaian untuk institut rekaan terutamanya di Qianhai, sebuah zon kerjasama pertama yang dijalankan oleh Shenzhen dan Hong Kong yang terletak di Shenzhen.

Qianhai yang dilancarkan pada bulan September 2019 merupakan program pilot untuk mengurangkan waktu kelulusan bagi mendirikan sebuah syarikat daripada satu hari menjadi satu minit sahaja.

Dengan inovasi asas seperti ini, Shenzhen sudah pasti dilihat bakal meletakkan standard global untuk masa yang akan datang.

Show More

Related Articles

Back to top button