Hiburan

Tinggalkan Istana, Meghan Markle Bekerja Dengan Disney?

Perbincangan mengenai rancangan masa depan untuk Putera Britain, Harry dan isterinya, Meghan sedang berjalan lancar dan akan diselesaikan dalam beberapa hari, kata seorang sumber diraja pada hari Sabtu.

Pasangan itu, secara rasmi dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex, mengejutkan seluruh keluarga diraja pada Rabu apabila dengan tidak disangka-sangka mengumumkan bahawa mereka akan mengundurkan dari peranan istana untuk menghabiskan lebih banyak masa di Amerika Utara dan mendapatkan pendapatan sendiri.

Mereka dikatakan tidak merujuk kepada nenek Harry, Queen Elizabeth atau ahli keluarga diraja yang lain sebelum membuat pengumuman kejutan mereka di laman web baru, sussexroyal.com.

Pegawai-pegawai istana pada hari Jumaat mengadakan pertemuan di belakang tabir tentang rancangan baru untuk Harry dan Meghan dan keadaan berjalan dengan lancar, menurut sumber diraja yang menambah bahawa tujuannya adalah untuk mencapai kesepakatan dalam beberapa hari.

Sumber itu berkata para pegawai telah berunding dengan kerajaan British dan Kanada mengenai isu masa depan pasangan itu.

Meghan berada di Kanada dengan anak lelakinya, Archie, dan pasangan itu dilaporkan untuk tinggal di negara itu.

Secara berasingan, akhbar London Times melaporkan bahawa Meghan yang merupakan bekas pelakon TV, telah bersetuju untuk merakamkan suara untuk Disney sebagai balasan kepada syarikat yang membuat sumbangan kepada badan amal yang berfungsi untuk melindungi gajah.

The Times tidak memberikan butiran mengenai peranan pinjaman suara oleh Meghan, tetapi berkata Disney akan membuat sumbangan kepada Elephants Without Borders. Akhbar itu tidak mengatakan di mana maklumat itu datang.

Meghan dikatakan meminjam suara untuk Disney sebelum pasangan diraja itu bercuti selama enam minggu sempena Krimas di sebuah rumah bernilai £10.7 juta di Pulau Vancouver, Kanada.

Sumber mengatakan Meghan berminat untuk menjadi pengarah kerana mahu kekal berada dalam industri filem tetapi belum bersedia untuk wajahnya muncul di skrin besar.

Bekerja dengan Disney menjadi petunjuk bagaimana pasangan itu bakal ‘bebas secara kewangan’ apabila mereka memotong hubungan dengan Keluarga Diraja.

Pakar berkata menjadi duta jenama untuk sebuah gergasi global seperti Apple boleh mendapatkan pasangan itu berpuluh-puluh juta setiap tahun. Jumlah sembilan angka setiap tahun iaitu $100 juta akan berjumlah sehingga $1billion dalam lebih satu dekad.

Pasangan itu masih belum menyatakan dengan tepat bagaimana mereka akan memenuhi cita-cita mereka untuk ‘menjadi bebas dari segi kewangan’. Tetapi latar belakang mereka yang unik, gabungan keluarga diraja dan pelakon Hollywood, boleh menjaringkan jumlah pendapatan yang besar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close