Bisnes & Ekonomi

Ini Sebab Mengapa Kebanyakan Usahawan Di Malaysia Sering Gagal

Jika rajin mendengar atau membaca tentang perjuangan orang hebat dalam berniaga sudah pasti kebanyakan daripada mereka merasakan kegagalan.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyumbang terhadap kegagalan tersebut, pengerusi Global Entrepreneur Xchange (GEX) Karthik Siva berkata salah satu sebab utama kegagalan itu terjadi kerana kekurangan kemahiran yang sepatutnya.

Beliau menambah bahawa panduan atau tunjuk ajar seperti mentorship juga kurang ada untuk para usahawan juga telah menyumbang kepada kegagalan tersebut.

 

Perkara Yang Menyebabkan Usahawan Di Malaysia Sering Gagal

Dalam pemerhatiannya sejak lima tahun kebelakangan ini, Karthik telah melihat antara kemahiran utama yang harus ada pada usahawan tempatan ialah pembangunan strategi untuk merancang, perhubungan (networking) dan kepimpinan.

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia dan kejayaannya sangat bergantung kepada kejayaan para usahawan. Ia juga sangat penting dan perlu disegerakan persekitaran yang bersemangat yang disokong oleh dasar proaktif dan sistem penyampaian yang berkesan yang membolehkan kejayaan tersebut dicapai.

“Selain itu, perkara yang juga penting ialah dengan menumpukan jurang kemahiran, ilmu dan kepimpinan yang sukar digapai oleh para usahawan di Malaysia,” katanya seperti dalam TheStar.

 

Jangan Berniaga Berdasarkan Naluri Semata-Mata

Sebahagian besar daripada para usahawan kita selalunya melakukan perniagaan berdasarkan naluri. Mungkin perkara ini berhasil untuk beberapa pemilik perniagaan tetapi Karthik berkata perkara ini selalunya tidak berhasil.

“Cara ini diiringi dengan modal yang besar kerana ia memerlukan waktu untuk kajian, sudah pasti wang dan masa juga akan hilang bersama. Ia sudah pasti menyimpang sehingga menyebabkan kesalahan yang melibatkan kos tinggi dan sudah pasti akan menyebabkan seseorang tertekan, sibuk dan terganggu,” jelas Karthik.

Memandangkan kebanyakan daripada usahawan kita memiliki pelbagai tanggungjawab dan peranan, mereka selalunya akan menjauhkan diri daripada perkara yang memakan masa seperti proses strategi, percubaan pasaran dan juga pmebangunan pelanggan. Walhal semua perkara ini adalah sangat penting unyuk menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.

“Tindakan tanpa hala tuju adalah sangat berbahaya dan selalunya akan mengundang kegagalan. Oleh sebab ini juga peratusan kegagalan dalam perniagaan juga adalah sangat tinggi tetapi kebanyakan daripada kegagalan ini sebenarnya boleh dielakkan dan tidak perlu.

“Usahawan selalunya sangat optimistik luar jangkaan tetang perniagaan mereka. Oleh sebab itu ada yang berjaya walaupun terdapat halangan. Namun, terdapat juga kes yang gagal kerana alasan utama seperti ini,” tambah Karthik.

 

Berniaga Dengan Idea Yang Sudah Diuji

Dengan itu Karthik menasihati usahawan Malaysia untuk membina perniagaan berdasarkan idea yang sudah diuji dan membangunkan produk modul yang jelas yang boleh menonjolkan diri di pasaran.

Memandangkan trend pasaran juga berubah pada kadar yang pesat pada masa kini, usahawan perlu belajar dan menyesuaikan diri dengan segera, membesar dengan baik disamping menjadi lebih hebat dan bina pasukan yang kuat untuk memastikan perniagaan mereka lebih mampan.

“Kebanyakan perniagaan gagal kerana strategi, kepimpinan atau perlaksanaan yang tidak betul. Melalui kajian yang dilakukan oleh Bloomberg, 8 daripada 10 perniagaan gagal dalam masa 18 bulan.

“Usahawan adalah darah yang mengalir untuk ekonomi Malaysia kerana mereka menyumbang kepada 70% pengambilan pekerjaan, 40% GDP dan 37% eksport. Ini hanya dilihat tentang ushawan kecil sederhana.

“Ia sangat penting untuk diingatkan bahawa jika usahawan ini sedang mengalami kesuakran, ekonomi negara turut melalui hal yang sama. Oleh sebab itu jika para usahawan ini berkembang maju, Malaysia juga akan berkembang pesat,” jelas Karthik.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close