Sukan

Malaysia Indonesia Didenda FIFA Kerana Insiden Kekecohan Penonton

Insiden kekecohan penonton sewaktu aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 November lalu telah menyebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didenda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebanyak 50,000 Swiss Francs (RM209,952).

Walau bagaimanapun, SinarHarian melaporkan bahawa FAM akan membuat rayuan berhubung denda tersebut.

Pengesahan jumlah denda tersebut telah dilakukan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang diterima FAM pada minggu lepas, dan FAM sudah pun menghantar surat maklum balas kepada FIFA untuk memperincikan jenis kesalahan tersebut.

 

Akan Jelaskan Denda Setelah Mendapat Perincian Denda

“Kita akan membayar denda berkenaan, namun kita meminta FIFA untuk memperincikan kesalahan tersebut dengan lebih lanjut. Sekiranya kita merasakan ada keperluan untuk merayu, kita akan membuat rayuan, namun kita akan menunggu perincian jenis kesalahan berkenaan terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama.

Perlawanan Malaysia dan Indonesia pada 19 November lalu dicemari dengan insiden berbalas balingan suar dan botol air di antara kedua-dua penyokong, dan 41 penyokong termasuk 14 penyokong Indonesia dilaporkan ditahan pihak polis selepas perlawanan berkenaan tamat. Malaysia menang 2-0 pada perlawanan berkenaan.

Menurut sebuah khbar tempatan baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata bahawa FIFA memutuskan untuk mendenda FAM kerana didapati bersalah melanggar artikel 16 dan 26 Kod Tatatertib FIFA sebanyak tiga kali.

 

Indonesia Didenda Lima Kali Ganda

Pada masa yang sama, Berita Harian melaporkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pula didenda 245,000 Swiss franc (RM1 juta) juga akibat daripada kekecohan yang ditimbulkan penyokong mereka.

FIFA sebelum ini dilaporkan telah memberi amaran kepada FAM susulan insiden kekecohan penonton sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Sept lalu.

Badan induk bola sepak dunia itu turut memberi amaran kepada FAM susulan kegagalan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menghadiri sidang media pasca perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Vietnam di Hanoi pada 10 Oktober lalu yang merupakan kesalahan di bawah artikel 26 Kod Tatatertib FIFA (kegagalan mematuhi kewajipan media).

Malaysia tewas masing-masing dengan keputusan 1-2 kepada UAE dan 0-1 kepada Vietnam.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close