Teknologi

Insta360 One R – 3 Kamera Dalam 1

Insta360 sekali lagi membuat invosasi di dalam kelengkapan kamera aksi dan 360 darjah melalui produk terbaru mereka.

Insta360 One R adalah sebuah rekaan unik yang menggabungkan elemen kamera aksi, kamera linear dan kamera 360 di dalam satu kamera.

Semua kamera ini dibina di dalam sebentuk kiub dan digabungkan menjadi kamera mengikut pilihan pengguna – atau lebih senang untuk dipanggil ‘kamera modular’.

One R mempunyai 3 jenis lensa boleh ditanggal dan dipasang iaitu kamera lensa biasa, lensa lebar dan dual lensa untuk rakaman 360 darjah.

Kesemua lensa ini boleh dipilih dan disusun di atas tapak yang juga merupakan tapak bateri untuk menggunakannya.

Walau dibina sebagai kamera modular, One R boleh digunakan di dalam air sedalam 5 meter tanpa masalah. Ia boleh masuk sedalam 5 ke 10 meter lagi jika digunakan bersama berkas khas kamera ini.

Pelbagai naik taraf dilakukan pada kamera ini termasuklah software, aplikasi dan sensor lensa sendiri.

Sebagai kamera modular, ia sangat unik dan praktikal kepada pengguna yang gemar menukar bahagian terbaru tanpa menukar atau membeli satu lagi kamera yang baharu.

Namun, masih terdapat limitasi pada kamera ini contohnya keupayaan zoom – yang mana menggunakan kamera berasingan untuk penggunaan berlainan adalah lebih baik.

Insta360 One R dilihat sebagai satu rekaan yang unik dan sesuai kepada pengguna yang ingin memiliki pelbagai kamera di dalam satu produk.

 

Show More

Related Articles

Back to top button