Gaya HidupKerjaya

Kerja Di KL Antara Tempat Dengan Jam Kerja Paling Lama Di Dunia!

Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Kisi yang menjalankan kajian ke atas 40 bandar untuk memperlihat bandar yang paling “kuat bekerja” di dunia.

Ia melibatkan jangka masa perjalanan pekerja harus lalui untuk tiba di tempat kerja dan juga jam kerja yang perlu dilalui setiap minggu termasuk juga jumlah cuti yang diambil

Tiga daripada lima negara teratas terletak di Asia dan di tangga ke-empat ialah Kuala Lumpur, Malaysia!

 

Malaysia Di Tangga Ke-4 Paling Lama Kerja

Menurut kajian, pekerja di Kuala Lumpur menggunakan masa 46 jam seminggu untuk bekerja tetapi Jepun dan Singapura menduduki kedudukan pertama dan kedua, masing-masing sebelum Washington, Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, bandar yang memiliki kerja-gaya hidup yang seimbang pula kesemuanya terletak di Utara Eropah.

Di kedudukan yang pertama ialah Helsinki, Finland dengan jam kerja pada kadar purata ialah 39 jam diikuti oleh Munich, Jerman; Oslo, Norway; Hamburg, Jerman dan Stockholm, Sweden.

 

Kenapa Orang Asia Bekerja Sangat Keras

South China Morning Post mengemukakan persoalan mengapa bandar di Asia bekerja sangat keras?

Mantan presiden Institut Sumber Manusia Singapura, Erman Tan berkata ia merupakan “budaya kerja dan cara kerja” kerana di Singapura apabila seseorang itu bekerja keras, ia merupakan sifat baik dan persekitaran yang sentiasa bersaing telah membuat semua orang bekerja keras untuk jadi terbaik katanya.

 

Sistem 996 Baik Atau Tidak?

Pada awal tahun 2019, jam kerja berlebihan yang dijalankan oleh beberapa syarikat teknologi di China telah menjadi buah mulut setelah Github sebuah syarikat teknologi mengeluarkan kenyataan tentang sistem 996 yang membawa maksud kerja dari jam 9pagi sehingga 9 malam untuk 6 hari seminggu.

Ini telah memberi ruang untuk perdebatan tentang produktiviti dan kerja-gaya hidup yang seimbang yang mana Jack Ma turut memberi pendapat bahawa sistem 996 ini merupakan peluang yang baik untuk syarikat dan pekerja.

“Jika anda tidak lakukan 996 sewaktu muda, bila anda akan lakukannya? Adakah anda fikir dengan tidak melakukan 996 dalam hidup anda adalah sesuatu perkara yang boleh dibanggakan?,” katanya dalam sebuah acara Alibaba tertutup di bulan April.

 

Betul Ke Kerja Lebih Lama Lebih Produktif?

Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang jelas yang menunjukkan jam kerja yang panjang telah meningkatkan produktiviti.

Statistik daripada Organisasi Untuk Kerjasama Ekonomi Dan Pembangunan menunjukkan di tahun 2017, pekerja Jepun pada kadar purata menjana RM189 ke atas produk domestik negara untuk setiap jam mereka bekerja manakala mereka yang di Finland pula menjana RM264 perjam.

Sebuah lagi cara kerja yang dilakukan oleh Microsoft terhadap pekerja mereka di Jepun dengan memberi para pekerja berjumlah 2300 orang cuti pada hari Jumaat pada bulan Ogos tanpa mengurankan gaji mereka.

Semakin pendek hari bekerja mereka, mereka mendapati temujanji yang lebih efisyen berjalan malah bekerja semakin gembira dan produktiviti telah berjaya dijana lebih daripada 40%.

Pada masa yang sama, Microsoft juga berjaya menjimat suku penggunaan elektrik mereka.

 

Kerja Tak Semestinya Hanya Di Pejabat Tetapi…

Tan juga menambah dengan teknologi moden yang ada sekarang, kerja juga boleh dijalankan di mana sahaja seseorang itu berada.

Walau bagaimanapun, sebagai pekerja tidak semua orang bersetuju dengan jaringan 24 jam yang ada untuk bekerja.

Etain Chow, 28 tahun seorang pengurus jenama senior di Kuala Lumpur berkata dia tidak mahu mencampuri hal kerja dan kehidupan. Oleh itu dia tidak akan membalas email kerja dan juga mesej sebelum jam 9 pagi dan selepas 7.30 malam.

Pada hujung minggu pula Etain tidak akan membalas mesej sama sekali. Kecuali jika dia mempunyai kerja yang harus disiapkan dan akan kekal di pejabat sehingga 9 malam dan kerja hingga hujung minggu untuk menyelesaikan tugasan.

Walau bagaimanapun, Etain tidak rasa perkara itu sesuatu beban baginya kerana jika dia bekerja di hujung minggu, dia boleh menggantikannya pada hari bekerja yang lain.

Baginya semua ini bergantung kepada industri yang kita pilih untuk ceburi.

Show More

Related Articles

Back to top button