Teknologi

Alienware Lancar Konsol ‘Switch’ Mereka Sendiri?

Terbaru Alienware turut mahu mencabangkan teknologi ‘super-computer’ mereka kepada konsol mudah alih untuk para ‘gamers’.

Dalam idea ini, mereka mahu pengguna dapat bermain permainan PC kesukaan mereka di mana sahaja dengan konsep lebih mobiliti.

Terbaru, ketika acara CES di Las Vegas, Amerika Syarikat, Alienware tampil dan mengumumkan produk terkini mereka yang dikenali ConceptUFO.

Ia adalah sejenis konsol hibrid, namun rekaan dan ciri-ciri fungsinya saling tidak tumpah menyerupai konsol rekaan Nintendo, Nintendo Switch.

Di dalam acara tersebut, VP of Gaming Alienware and Dell, Vivian Lien menjelaskan konsol ini memainkan permainan video sedia ada di dalam PC dan ia dibina berkonsepkan sebuah konsol-sedia-guna.

ConceptUFO dibina lebih besar dari konsol Switch dengan skrin sebesar 10 inci dengan dikuasakan Intel generasi ke-10 dan keupayaan sambungan rangkaian 5G.

Seperti konsol Switch, rekaan ConceptUFO juga mempunyai alat kawalan (controller) yang boleh dipisahkan dan konsol boleh disambungkan ke TV untuk paparan skrin dan resolusi yang lebih besar.

Tidak dinafikan, peminat Nintendo Switch akan mengatakan Alienware ‘mencuri’ atau ‘menciplak’ idea konsol Nintendo tersebut, namun kami melihat ConceptUFO bakal menjadi pilihan gamers memilih konsol mana yang lebih sesuai dengan mereka.

Bagi yang ingin menonton pembentangan ConceptUFO di acara CES2020, boleh menonton video di bawah bermula minit ke-55.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close