Teknologi

Fakta Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Apple

Pasti semua kenal dengan nama syarikat gergasi Apple yang mengeluarkan produk teknologi seperti Macbook, Macintosh terutama telefon pintar mereka iPhone.

Tetapi mungkin anda tidak perasan dengan beberapa fakta mengenai syarikat ini.

#1 Logo Apple berdasarkan diet Steve Jobs ketika itu yang gemar memakan buah epal. Disamping itu, Jobs menyifatkan penemuan Apple ibarat Isaac Newton menjumpai graviti menerusi buah epal yang jatuh.

#2 Macbook pernah dibina dan diuji dapat menahan tembakan pistol namun tidak akan menunaikan waranti iPhone akibat terdedah kepada asap rokok yang terlalu banyak kerana mengandungi nikotin.

#3 Syarikat Apple dilaporkan menjana pendapat AS$300,000 (RM1.28 juta) seminit dan pada 2011, Apple pernah mengatasi kerajaan Amerika Syarikat dengan memilik duit ditangan lebih banyak.

#4 Butang kawalan audio metalik yang pernah digunakan di dalam iPhone dahulu boleh berubah pencahayaannya mengikut sudut pandang.

#5 iPod pernah mempunyai permainan ‘Breakout’ di dalamnya kerana Steve Jobs dan Steve Wozniak pernah bekerja di syarikat permainan video Atari.

#6 Siri sebenarnya sebuah aplikasi bantuan pencarian yang dibina di dalam Apple Store dan bakal dikeluarkan dalam Android dan Blackberry sehingga Apple membelinya dan menjadikan Siri eksklusif kepada Apple sahaja.

#7 Ikon ‘command’ pada papan kekunci mac diambil dari satu simbol jalan raya di Sweden yang bermaksud ‘place of interest’ (tempat menarik).

#8 Apple pernah melancarkan jenama pakaian mereka sendiri yang mempromosi produk Apple pada 1986.

#9 Steve Jobs pernah keluar dari Apple dan membina syarikat NEXT sehingga Apple membeli syarikat tersebut dan Jobs kembali bekerja untuk Apple.

#10 Jika dapat diperhatikan waktu yang sering tertera dalam komersial atau promosi produk iPhone menunjukkan 9:41 – ia adalah waktu Steve Jobs mengumumkan iPhone pertama diatas pentas.

#11 Jobs sering dilihat memakai baju turtle neck berwarna hitam, berseluar jeans dan berkasut putih ketika acara Apple. Padanya ia adalah ‘uniform Steven Jobs’.

#12 Walaupun Apple membeli teknologi skrin iPhone menerusi Samsung, ia adalah rekaan dan spesifikasi khas iPhone dan Samsung tidak boleh menggunakannya.

#13 Bekas iPhone melalui pelbagai ujian pembungkusan melalui ratusan prototaip kotak bagi mendapatkan perasaan teruja paling maksima.

#14 Setiapkan kali francais atau cawangan syarikat Apple dibuka, mereka menerima lebih 10,000 permohonan namun hanya 200 sahaja yang diterima.

Show More

Related Articles

Back to top button