Isu SemasaSainsTeknologi

Apa Yang Akan Terjadi Jika Kita Main Buang Bateri Hp Lama?

Air minuman yang mengandungi mineral sememangnya berkemungkinan mengandungi litium secara semulajadi kerana ia wujud dalam tanah dan merupakan antara kandungan air.

Namun, dengan peningkatan gajet elektronik yang menggunakan bateri litium ini, sebuah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Korea telah mendapati litium dari bateri telefon pintar, tablet dan kereta elektrik telah meningkat di dalam air paip.

Para pengkaji telah menguji air daripada sungai Han yang mengalir melalui Seoul dan juga bahagian hulu sungai sebelum ia tiba di kawasan metropolitan.

 

Kandungan Litium Dalam Air Meningkat Dengan Urbanisasi

Di bahagian hulu sungai, aras litium adalah rendah dan hampir sama dengan kandungan yang didapati dalam air semula jadi yang mengalir.

Walau bagaimanapun, apabila air sungai itu mengalir melalui bandar Seoul, paras litium dalam meningkat enam kali ganda.

“Kajian ini telah mencadangkan dengan urbanisasi dan pemodenan, peningkatan aras litium dalam air juga bakal meningkat,” kata salah seorang pengkaji, Nathalie Vigier dari Sorbonne University, Paris.

“Mengira secara kuantiti secara tepat berapa banyak bahan teknologi menyumbang kepada pencemaran ini masih menjadi persoalan namun keputusan dari kajian ini telah mencadangkan bahawa peningkatan kandungan litium ini juga berkait dengan kepadatan penduduk dan juga tempat kumbahan air yang semakin tidak efektif dalam menyingkirkan litium dari air minuman,” tambah Nathalie.

 

Sumber Pencemaran Litium Dalam Air

Para pengkaji juga telah menguji air sungai tersebut untuk melihat potensi sumber pencemaran litium tersebut.

Mereka mendapati bahawa litium telah memasuki sungai Han daripada bateri litium-ion yang memberi nyawa kepada gajet berteknologi seperti table dan telefon pintar.

Selain daripada itu, pembuangan ubatan (farmasi) yang diberi kepada orang mengidap gangguan psikiatri juga mengandungi litium didapati di dalam sungai tersebut.

Malah sisa makanan yang mungkin daripada tanah dan air juga menyumbang kepada peningkatan litium.

 

Sumber Pencemaran Litium

Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana litium boleh masuk ke dalam sistem saluran air kerana kajian ini tidak bertujuan untuk membuktikan bahawa bateri litium merupakan sumber kepada litium di dalam sungai, jelas Brett Robinson yang merupakan profesor kimia persekitaran di University of Canterbury, Australia yang tidak terlibat dalam kajian ini.

“Selain bateri, litium juga digunakan dalam gris, seramik dan dadah/ubat penstabil mood,” jelas Robinson kepada Reuters.

“Litium daripada gris boleh memasuki sungai melalui air bawaan hujan manakala litium daripada ubatan boleh memasuki sungai melalui air kumbahan kerana sistem penapisan kumbahan tidak dapat menapis litium,” tambah Robinson yang berkata litium juga mungkin telah mencemarkan alam melalui pembuangan gajet batteri secara sembarangan yang akhirnya dibuang ke kawasan pembuangan sampah.

“Bagi negara miskin di mana informasi kitar semula pembuangan elektronik kurang ditekankan, pencemaran litium sudah pasti akan berada pada paras yang lebih tinggi,” kata Robinson yang menjelaskan bahawa bateri litium ini boleh dikitar semula namun terdapat juga beberapa yang tidak boleh.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close