AntarabangsaIsu Semasa

Rakyat Thailand Guna Cara Kreatif Gantikan Beg Plastik

Peruncit Thailand memulakan tahun 2020 dengan pengharaman penggunaan beg plastik, menyertai pertempuran melawan pembuangan plastik di mana rakyat menggunakan purata lapan beg plastik setiap hari.

Langkah yang bermula pada hari Rabu (1 Januari) oleh beberapa pengendali pusat beli-belah utama dan kedai serbaneka 7-eleven, akan mengenakan bayaran yang kecil kepada pelanggan untuk beg boleh diguna semula yang diperbuat daripada kain.

Thailand adalah salah satu penyumbang terbesar kepada pencemaran laut, dengan beg plastik ditemukan di perut mamalia laut yang mati seperti dugong dan kura-kura hijau sehingga mendorong kesedaran rakyat.

Kempen kerajaan untuk menghapuskan penggunaan plastik pada 2022 telah melihat saluran televisyen mengaburkan gambar beg plastik di skrin bersama-sama dengan rokok, alkohol dan jenayah ganas.

Image result for thai use pail to shop

Pembeli Thailand kelihatan menyambut baik seruan kerajaan dan memulaukan plastik dengan pelbagai cara.

Ada di antara mereka menggunakan bakul, baldi dan juga kereta sorong ketika membeli di pusat beli-belah dan kedai harian dengan ramai yang menyiarkan imej usaha mereka dalam media sosial.

Jurusolek artis, Acharin Prahausri meminjam jaring makanan dari ibunya yang biasanya digunakan untuk menjemur ikan untuk diisi makanan ringan, susu dan jus ketika membeli barangan harian di 7-eleven di timur Thailand.

Dalam perkongsian lain, seorang lelaki memuat naik gambarnya memegang sebuah kereta sorong yang sarat dengan botol air, tuala kertas dan sabun. Dua lagi wanita menggunakan bakul pakaian merah jambu untuk mengisi barang-barang yang dibeli.

Pakar mengatakan Thailand adalah salah satu penyumbang terbesar pencemaran laut. Tetapi kesedaran tentang masalah itu telah tersebar sejak tahun lalu apabila imej penyu, ikan paus dan dugong mati dengan kepingan beg plastik yang menyumbat perut mereka, menjadi tular.

Ahli-ahli alam sekitar memuji larangan itu sebagai langkah pertama yang penting tetapi mengatakan lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk menghapuskan budaya membuang plastik.

Tetapi sesetengah pembeli bersedia untuk melaksanakan perubahan itu.

“Saya telah mengelakkan beg plastik sejak sekian lama dan menggunakan tote beg,” kata seorang pekerja pejabat Thailand di rantaian pasar Big C pada hari Jumaat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close