Isu SemasaSains

Panda Serba Putih Bermata Merah Ditemui Di Dalam Hutan

Haiwan endemik di negara China ini selalunya berwarna hitam dan putih tetapi sebuah kamera yang dipasang ditengah-tengah hutan simpan negara di barat daya China telah berjaya merakam seekor panda serba putih sekaligus membuktikan bahawa penyakit albino wujud di antara hidupan liar.

Gambar panda serba putih dengan mata merah itu telah ditangkap apabila ia meneroka kawasan hutan simpan di Sichuan itu pada pertengahan bulan April tahun ini.

Menurut Li Sheng, seorang pakar beruang dari Peking University, beruang panda albino itu berkemungkinan berusia di antara satu hingga dua tahun.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Hutan Simpan Wolong berkata tidak ada lagi maklumat lanjut tentang panda albino tersebut.

 

Hanya Terdapat 2000 Panda Liar Di Dunia

Berdasarkan statistik, 80% beruang panda di dunia hidup dalam habitat liar mereka di Sichuan manakala selebihnya berada di Shaanxi dan wilayah Gansu.

Menurut laporan Xinhua, terdapat 548 beruang panda berada dalam simpanan di serata dunia manakala jumlah yang tinggal di habitat liat semakin berkurangan hingga mungkin hanya 2,000 ekor sahaja berdasarkan statistik perangkaan oleh World Wildlife Fund (WWF).

Pelbagai insiatif yang dilakukan oleh kerajaan China dalam usaha memulihara haiwan yang menjadi ikon dan simbol negara tersebut.

 

China Merancang Pemuliharaan Panda

Pada tahun 2018, China mengumumkan pelan perancangan untuk membina sebuah benteng untuk beruang panda ini yang memiliki saiz tiga kali ganda besar daripada Yellowstone National Park untuk menghubungkan populasi yang tinggal di habitat liar dan menggalakkan haiwan itu membiak kerana panda dikenali sebagai haiwan yang memiliki lambat membiak.

Sekurang-kurangnya 10 bilion yuan (RM6bil) telah dianggarkan untuk membina Giant Panda National Park (Taman Negara Beruang Panda) di kawasan pergunungan barat daya China, lapor China Daily.

Beruang panda yang sering menjadi simbol diplomacy China apabila negara tersebut akan memberi/meminjamkan haiwan tersebut kepada sesebuah negara atas simbol hubungan yang erat Beijing dengan sesebuah negara ini masih disenaraikan sebagai haiwan spesies terancam.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close