HiburanTeknologi

Witcher 3 Kembali Popular Kerana Siri Netflix

The Witcher 3: Wild Hunt pernah menjadi salah satu permainan popular apabila ia dilancarkan pada 2015.

Namun dengan kemunculan siri terbaru di Netflix, ia menjadi kembali popular dan mencatatkan rekod baru pemain aktif di Steam dengan lebih 100,000 pemain.

Rekod ini diperoleh melalui Global Community Lead di CD Projekt Red, iaitu pembangunan permainan Witcher dimana mereka memuat naik post di Twitter dengan rekod tersebut.

Ia merupakan sesuatu perkara yang menakjubkan apabila permainan video The Witcher 3: Wild Hunt dimainkan secara serentak lebih 100,000 pemain di Steam.

Dengan rekod ini, CD Projekt Red juga melihat kenaikan kembali jualan permainan ini di platform Steam dan juga beberapa konsol lain.

Siri Netflix ini merupakan lakonan Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia, seorang pemburu ‘demon and monsters‘ yang mempunyai kuasa supernatural.

Populariti siri ini menjadi antara faktor permainan The Witcher kembali popular dan dimainkan kembali.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close