Teknologi

5 Perkara Menarik Berlaku Pada 2019

Selamat tahun baru kepada semua warga Toodia!

2019 baru sahaja melepasi kita dan pelbagai perkara menarik telah berlaku di dalam dunia gajet dan telefon pintar.

Mari kita lihat 5 perkara yang sedikit sebanyak menjadikan 2019 tahun yang menarik dalam industri ini.

Rangkaian 5G Diperkenalkan

Sekitar pertengahan tahun 2019, naik taraf pada rangkaian 5G mula memasuki tahap percubaan dan akhirnya dilancarkan.

Ia meliputi rangkaian selular yang lebih luas serta pantas dan pada Oktober 2019, sebanyak 129 peranti mula menggunakan sistem ini melalui 15 jenis reka bentuk dari 56 vendor.

Huawei Diharamkan Berurusan Dengan Syarikat dari AS

Akibat ketegangan perdagangan politik China dan Amerika Syarikat, syarikat telekomunikasi Huawei telah tersenarai hitam dari membuat sebarang urusan perniagaan dengan syarikat dari Amerika Syarikat.

Arahan tersebut sekaligus telah menyebabkan Huawei terputus pertalian perdagangan dengan beberapa syarikat besar termasuk Intel dan Google.

Akibat perkara ini, Huawei telah melancarkan sistem operasinya tersendiri iaitu Hong Meng dan Huawei Mate 30 merupakan telefon pintar mereka yang hadir tanpa aplikasi Google.

Kehadiran Rekaan Telefon Lipat

Revolusi telefon pintar beralih kepada inovasi skrin yang boleh dilipat di mana kita dapat melihat beberapa syarikat telefon gergasi mula melancarkan model seumpamanya.

Antara model-model yang menjadi tumpuan termasuklah Galaxy Fold dari Samsung, Huawei Mate X oleh Huawei, dah Motorola Razr 2019.

iPhone 11 Dengan 3 Lensa Utama

iPhone akhirnya dilancarkan dengan rekaan 3 lensa utama pada model iPhone 11 mereka.

Model ini memberikan keupayaan mengambilkan gambar menggunakan lensa biasa dan disokong dengan lensa ultra-lebar dan telefoto yang boleh mengambil gambar dengan jelas pada jarak yang agak jauh.

Siaran Televisyen Analog Di Malaysia Ditamatkan Sepenuhnya

Malaysia akhirnya telah beralih kepada sistem penyiaran digital setelah menamatkan sistem analog secara sepenuhnya pada Oktober lalu.

Kini sebanyak 14 saluran televisyen dapat ditonton secara percuma dan digital melalui perantai myFREEVIEW; dan banyak lagi saluran percuma akan diperkenalkan kelak.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close