Gaya HidupPercutian

Muzium Tersembunyi Ini Tidak Ada Dalam Peta Ataupun Risalah Pelancong Tetapi Wajib Datang Bagi Peminat Bola Sepak

Untuk sesetengah peminat bola sepak dunia, Diego Maradona merupakan pemain bola sepak handal pada abad ke-20 tetapi bagi kebanyakan orang Inggeris, beliau telah menipu dalam permainaan bola sepak. Di Itali pula, beliau merupakan penaung suci di Naples.

Seperti orang suci yang lain memiliki mezbahnya, Maradona memiliki muziumnya tersendiri yang menyimpan pelbagai khazanah atau artifak termasuk but kirinya di mana dengan kasut tersebut telah menjaringkan dua gol sewaktu perlawanan di antara Belgium di separuh akhir Piala Dunia 1986.

Sumber Imej: AFP.com

Maradona “Dewa” Orang Napoli

Di muzium ini juga anda boleh lihat kontrak perjanjian pertamanya dengan Napoli termasuk juga sofa dari apartmentnya di Naples yang mana Julio Iglesias juga pernah duduk di atasnya!

Maradona tiba di Napoli sewaktu perjanjian memecahkan rekod dari Barcelona pada Julai 1984.

Maradona kekal di situ selama tujuh tahun dan sempat menjadi ketua pasukan dan membawa mereka ke kejuaraan Serie A pertama mereka pada tahun 1986-87.

Mereka menjuarainya tiga tahun lagi setelah itu dan sewaktu keberadaan Maradona di dalam Napoli, mereka juga telah memenangi Piala Itali, Piala UEFA dan Piala Super Itali.

Ia merupakan waktu emas bagi Napoli yang tidak lagi memperlihatkan pasukan tersebut mendapat kejuaraan sebegitu. Oleh sebab itu ia tidak hairanlah Maradona memiliki muziumnya tersendiri di situ.

 

Masuk Adalah Percuma

Namun muzium yang dimiliki oleh Massimo Vignati ini tidak terlihat di peta Naple mahupun panduan perjalanan untuk pelancong. Akan tetapi jika anda sampai ke Naples, muzium ini boleh masuk secara percuma.

Ia terletak di bawah sebuah bangunan di Secondigliano, sebuah kejiranan yang terletak di utara bandar.

Sumber Imej: tellerreport.com

Peminat tegar Maradona yang mendirikan muzium ini memiliki pelbagai barangan tentang Maradona. Daripada gambar, kemeja – ada yang dibasuh dan ada yang tidak termasuk juga ada yang ditandatangani dan ada yang tidak, tempat duduk dan macam-macam lagi terdapat di sini.

Bangku di mana Maradona telah bertukar pakaian di stadium San Pailo dan jaket K-Way dengan sebuah klip melihat dia mengenakan jaket tersebut sambil menimbang bola bersama alunan lagu Opus ‘Live is Life’ sewaktu sesi pemanasan sebelum persemuka dengan pasukan Bayern Munich pada tahun 1989.

 

Memiliki Pertalian Yang Rapat Dengan Maradona

“Saya bernasib baik kerana ayah saya telah menjaga stadium San Paolo selama 37 tahun termasuk ruang tukar baju. Manakala ibu saya pula merupakan pembantu rumah dan tukang masak untuk Maradona,” kata Massimo kepada AFP.

Kakaknya pula telah menjadi pengasuh untuk anak perempuan Maradona, Dalma dan Giannina manakala Massimo sewaktu itu masih kecil sentiasa melihat idola bandar tersebut hampir setiap hari.

“Kami bersama Diego dari Isnin hingga Ahad,” katanya sambil melihat gambar di pangsapuri yang berada di bukit Posillipo, sebuah kawasan elit di bandar tersebut yang menjadi seperti rumah keduanya.

“Dia dan isterinya telah memberikan kesemua barangan ini kerana dia tahu kita memiliki ramai adik-beradik, lima lelaki dan enam perempuan. Saya menjadi penjaga bola sewaktu tujuh musim Maradona. Pada hari Isnin saya akan bermain five-a-side dan tidak ke sekolah.

Dan pada hari Selasa adakalanya dia akan membawa saya ke sesi latihan Napoli.. ‘Diego, let’s go in the Ferrari!’,” kenang Massimo.

 

Merupakan Harta Peninggalan Ayah

Untuk sekian lamanya semua barangan Maradona ini disimpan di San Paolo.

“Ayah saya memiliki dua bilik. Satu untuk menyimpan semua memori ini dan satu lagi untuk minum kopi Neapolitian yang terbaik,” cerita Massimo yang juga memiliki seorang anak lelaki yang dinamakannya Diego.

“Setelah kemarian ayah, saya membawa kesemua barangan tersebut ke sini dan kelab tahu bahawa tempat ini wujud.

Sumber Imej: CNA

Jika mereka mahu membina sebuah muzium, saya akan sentiasa bersedia. Saya berharap semua barangan ini akan kembali ke stadium, ia merupakan impian ayah saya juga,” kata Massimo.

Sewaktu lawatan terakhir Maradona ke Naples pada tahun 2017, Maradona sempat memeluk ibu Massimo, Lucia yang mana Maradona gelar “Neapolitan mamma”.

“Dia merupakan seorang yang baik hari dan sangat bersemangat. Apabila beliau meninggal Naples, ia seperti saya kehilangan anak,” luah Lucia.

 

Kanak-Kanak Napoli Kenal Maradona

Bagi Massimo, semua yang ada di muzium miliknya ini adalah memori ayah dan keluarganya dan tidak ada untuk dijual. Ia adalah sebuah tempat untuk memberi peringatan kepada seseorang yang dia kasihi dan anggap abang.

“Bagi kami, Diego merupakan abang ke-12 kami,” ujar Massimo.

Pada musim ini, Napoli telah bertarung 16 perlawanan di Liga Juara-Juara tetapi masih berdepan kesukaran dalam Serie A. Para peminat hanya boleh memasang impian untuk mereka kembali ke zaman kegemilangan.

“Dengan segala perkara yang sedang berlaku, harus ada seorang Maradona untuk mengambil semua tanggungjawab tersebut pada dirinya sendiri,” kata Massimo.

“Jika dia datang lagi akan ada 90,000 orang di stadium. Maradona… jika anda bercakap dengan kanak-kanak zaman ini, mereka juga kenal. Dia merupakan DNA orang Neopolitan. Maradona ialah San Gennaro, santo penaung Naples. Dia adalah abadi.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close