Antarabangsa

7 Belia Indonesia Yang Dilantik Jokowi Ini Boleh Menginspirasikan Kita Semua

Pada bulan November yang lalu Presiden Indonesia, Joko Widodo telah melantik tujuh belia Indonesia sebagai ‘staff kepresidenan’ iaitu pegawai khas yang melapor diri langsung kepada Presiden Indonesia.

Beliau melantik tujuh daripada mereka ini untuk memberi input dengan idea inovatif sesuai pembangunan negara yang terdiri daripada pelbagai bidang.

Yang mana sebahagian besar daripada mereka adalah Ketua Pegawai Eksekutif serta pengasas startup yang berjaya di usia muda.

Mereka berumur di antara 23 hingga 36 tahun dengan yang paling merupakan Putri Indahsari Tanjung, yang lahir pada tahun 1996.

Sewaktu Joko Widodo yang sering dipanggil ‘Pak Jokowi’ ini memperkenalkan 7 staf khusus kepresidenan beliau, beliau berkata,”Saya juga terkejut bahawa dia baharu berusia 23 tahun,” kata Presiden yang merujuk kepada Putri yang juga merupakan anak kepada konglomerat Indonesia, Chairul Tanjung.

Jokowi turut memberi pengenalan istimewa buat Gracia Billy Mambrasar, 31 tahun yang berasal daripada Papua dan telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford di United Kingdom dan juga Angkie Yudistia yang merupakan penggerak aktif dalam perniagaan sosial yang mementingkan hak orang pekak kerana dirinya sendiri juga memiliki kekurangan tersebut.

Ini merupakan sedikit sebanyak profil tujuh pegawai muda yang dilantik Jokowi yang boleh memberi inspirasi buat kita.

1. Adamas Belva Syah Devara – CEO, Pengasas Ruangguru

Sumber Imej: terbaiknews.net

Daripada tujuh staf muda ini, salah satunya ialah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat startup berasaskan teknologi pendidikan bernama Ruangguru yang juga merupakan pengasas syarikat iaitu Adamas Belva Syah Devara.

Beliau yang berusia 29 tahun ini memegang ijazah sarjana pengurusan awam dan juga pengurusan perniagaan masing-masing dari Universiti Harvard serta Universiti Stanford.

Pada tahun 2017, Belva disenaraikan oleh Forbes di antara “30 under 30 Asia” yang mana beliau merupakan di antara 30 beliau di bawah usia 30 tahun di Asia yang menghasilkan startup yang berjaya.

Ruangguru merupakan sebuah startup yang menjadi jambatan untuk guru peribadi (private tutor) berhubung bersama pelajar mereka di Indonesia.

Menurut Belva, ia sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka terutamanya jika dibandingkan dengan pentadbiran sebelum ini atau mana-mana negara sekali pun untuk melihat “anak muda seperti kita memasuki golongan Istana”.

“Ini telah menunjukkan bahawa terdapat komitmen yang tinggi daripada Presiden untuk melibatkan generasi millenia dalam dasar awam,”katanya kepada The Jakarta Post.

Belva turut menambah bahawa mereka yang dipilih semuanya pakar dalam bidang yang berbeza tetapi mereka bersepakat untuk memaksimakan teknologi dalam menyampaikan perkhidmatan awam.

Beliau sudah mencadangkan untuk sektor kesihatan, kewangan dan percukaian seumpamanya boleh diaplikasikan dalam bentuk teknologi supaya Indonesia tidak akan ketinggalan berbanding negara lain.

 

2. Angkie Yudistia – CEO, Pengasas Thisable Enterprise

Sumber Imej: wacana publik

“Hi, nama saya Angkie,” ujar beliau dalam bahasa isyarat semasa sesi perkenalan diri di hadapan istana negara.

Jika dilihat wanita berusia 32 tahun ini sempurna seperti manusia biasa kerana masih mampu bertutur walaupun memiliki masalah pendengaran sejak usia kecil akibat terkena penyakit malaria.

Beliau ini merupakan pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Thisable Enterprise, iaitu sebuah organisasi yang menyokong pengambilan bekerja golongan kurang upaya.

Salah satu projek Thisable ialah untuk berkolaborasi dengan aplikasi e-hailing Gojek untuk mengambil mereka bekerja dalam perkhidmatan seperti GoAuto yang memberi perkhidmatan automotif dan juga GoGlam untuk perkhidmatan kecantikan.

Angkie yang merupakan aktivis bagi golongan OKU ini juga telah menerbitkan tiga buku iaitu Perempuan Tuna Rungu Menembus Batas (Perempuan Tuli Yang Tidak Mengenal Batas) pada tahun 2011, Setinggi Langit pada tahun 2013 dan Become Rich As A Socio-preneur (Menjadi Kaya Melalui Usahawan Social) pada tahun 2019.

“Sudah tiba masanya orang kurang upaya tidak lagi dianggap minoriti. Kami adalah sama. Dengan menjadi salah satu pegawai khas Presiden, ini merupakan peluang saya untuk mewujudkan persekitaran inklusif. Doakan saya,” katanya.

 

3. Gracia Billy Mambrasar – CEO, Pengasas Kitong Bisa

Sumber Imej: Indopolitika.com

Jejaka berusia 31 tahun asal Papua ini merupakan CEO dan pengasas Kitong Bisa, sebuah yayasan yang memfokuskan pendidikan yang mengelola pusat pembelajaran untuk kanak=kanak Papua dengan bantuan sukarelawan.

Setelah menjadi graduan di Institut Tekologi Bandung, Billy menerima biasiswa untuk belajar di Australian National University (ANU) dan Oxfor University.

Terbaharu Billy dapat sebuah lagi biasiswa untuk melanjutkan pendidikan dalam doktor falsafah menerusi Perbandanan Kajian Inovatif Indonesia (LPDP) dalam bidang pembangunan manusia di Harvard.

Pada tahun 2017, Billy pernah mewakili kerajaan Indonesia untuk bercakap tentang pendidikan di pusat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Billy yang bekerja selama sembilan tahun untuk mengajar kanak-kanak di bahagian pedalaman tentang keusahawanan ini berkata beliau akan membawa pengalamannya itu untuk membantu kerajaan menggapai mereka melalui platform digital.

Billy menambah bahawa beliau bersama Jokowi koited dalam membangunkan Indonesia bermula dari Papua.

“Selama ini kita sering melihat Papua dibangunakan dari Indonesia tetapi kini kita mahu Indonesia dibina dari Papua.”

 

4. Putri Indahsari Tanjung – CEO, Pengasas Creativepreneur Event Creator

Sumber Imej: kompasiana.com

CEO dan pengasas Creativepreneur Event Creator ini telah menubuhkan syarikat itu pada usia 15 tahun yang mana dari situ juga beliau mengajar anak muda tentang keusahawanan.

Beliau yang merupakan anak sulung daripada salah satu orang paling berpengaruh dalam bidang media di Indonesia, Chairul Tanjung, telah menamatkan pembelajaran dari Akademi Seni, San Francisco, Amerika Syarikat dalam bidang media komunikasi.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Perniagaan sebuah platform kreatif bernama Kreavi.

Putri berharap dirinya mampu menjadi suara aspirasi anak muda untuk didengari Presiden.

“Saya selalu percaya terdapat potensi yang besar dalam bidang ekonomi kreatif di Indonesia. Kami perlukan bakat muda terutamanya dalam era digital,” ujar Putri.

 

5. Andi Taufan Garuda Putra – CEO, Pengasas Amartha

Sumber Imej: Dailysocial

Seorang graduan Harvard Kennedy School of Government, Taufan terkenal kerana inovasi dan keusahawanannya untuk membantu perusahaan sederhana kecil mikro (MSMEs) di dalam negara.

Pemuda berusia 32 taun ini merupakan CEO dan pengasas Amartha, sebuah platform yang telah diiktiraf oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan (OJK) untuk membantu usahawan MSME ini berkembang di seluruh negara.

 

6. Ayu Kartika Dewi – Pengasas Bersama SabangMerauke

Sumber Imej: tribunnewswiki.com

Beliau merupakan aktivis yang mempromosikan kepelbagaian dan toleransi. Ayu ini merupakan pengasas bersama SabangMerauke yang melakukan program pertukaran pelajar dalam negara yang fokus dalam memupuk kepelbagaian.

Wanita berusia 36 tahun ini memiliki ijazah MBA daripada Duke University, Amerika Syarikat.

Menerusi sasaran Jokowi dalam membangunkan modal insan berkualiti, Ayu berpendapat bahawa ia adalah sangat penting untuk anak muda diasah kemahiran berfikir kritikal, kreatif, cara berkomunikasi dan berkolabirasi yang mana Ayu percaya ia mampu mempromosikan toleransi serta kedamaian di dalam negara.

“Jika orang mampu berfikir secara kritikal, Indonesia sudah tentu menjadi lebih maju. Jika kita bercakap tentang toleransi, ia berkolerasi dengan kemahiran untuk berfikir secara kritikal,”katanya.

7. Aminuddin Ma’ruf

Sumber Imej: PicBear

Aminuddin merupakan pengerusi untuk Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia pada tahun 2014-2016.

Beliau lahir di Karawang, Jawa Barat dan merupakan graduan Universiti Negeri Jakarta dan melanjutkan pelajarn di Universiti Trisakti, Jakarta.

Beliau yang berusia 33 tahun diperkenalkan Jokowi sebagai santri (pelajar asrama Islam Indonesia) yang mampu membantu dalam menghasilkan inovasi untuk menggalakkan sekolah asmara Islam di Indonesua membangunkan pelajar mereka dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close