Secara rasmi, Singapura berusia 700 tahun dan perkara ini juga diperingati pada acara yang dijalankan setiap dua tahun sekali di Pusat Fort Canning.
Walau bagaimanapun, sebuah kajian yang dijalankan oleh seorang pengkaji dari Australia bernama Ian Sinclair telah mendapati mungkin negara berkeluasan 721.5km persegi itu berusia 1,000 tahun!
Kajian Batu Purba
Penemuan ini telah pun diterbitkan bulan ini oleh Pusat Warisan India bersama Institute Kajian Dasar.
Ian yang merupakan seorang mantan felo pelawat di Institut Yusof Ishak (ISEAS) telah mengkaji enigmatik batu Singapura iaitu sebuah fragmen daripada batu purba selama setengah tahun ini.
Beliau yang menceritakan penemuan tersebut kepada The Sunday Times berkata telah menemukan frasa ‘kesariva‘ yang tertulis di atas batu tersebut yang mencadangkan bahawa ia berkemungkinan besar berasal daripada perkataan ‘parakesarivarman‘ – sebuah pangkat yang digunakan oleh beberapa raja dari dinasti Tamil Chola di selatan India yang juga merupakan antara dinasti yang memerintah paling lama dalam sejarah dunia.
Perkara ini telah mencadangkan bahawa terdapat pertalian Singapura dengan Tamil sejauh 1000 tahun lalu dan ini juga telah menyebabkan perubahan sejarah negara yang kini memiliki populasi 5.8 juta penduduk itu.
Batu Kurun ke-11 Berasal Dari Mulut Sungai Singapura

Melihat kepada inskripsi bersamaan dengan literasi dan rekod epigrafik, Ian mencadangkan bahawa batu tersebut mungkin direka pada awal kurun ke-11.
Pakar sejarah pada umumnya telah mempersetujui dengan garis masa 700 tahun Singapura berdasarkan teks ujian sejarah Sejarah Melayu yang menyebut putera Palembang, Sang Nila Utama yang mencadangkan pembinaan sebuah negeri di atas pulau tersebut pada tahun 1299.
Rekod Cina juga telah mendapati mereka menduduki pulau tersebut bermula tahun 1330an
Serpihan batu dengan perkataan kesariva yang ditemui di mulut Sungai Singapura yang kini berdekatan Hotel Fullerton itu pada asalnya merupakan batu tongkol yang berkurun lamanya terletak di situ sehingga British meletupkan kawasan tersebut pada tahun 1843 untuk melebarkan sungai itu.
Apa yang tersisa kini hanyalah tiga serpihan tetapi dua serpihan lagi tidak pasti keberadaannya.

Ramai Cendekiawan Tertanya-Tanya
Batu tersebut telah memberi seribu tanda tanya kepada para cendekiawan, penyelidik, ahli akademik dan pakar sejarah termasuk Sir Stamford Raffles dan ahli bahasa Belanda, Hendrik Kern.
Tidak ada sesiapa pun yan berjaya dan secara tepat mentafsirkan teks yang tertulis di atas batu tersebut.
Sisa serpihan Batu Singapura tersebut kini disimpan di Muzium Kebangsaan Singapura.

Teks penulisan di atas batu itu tidak diketahui sejak kurun ke-19 tetapi ia secara jelas menunjukkan teks Kawi yang digunakan pada zaman pra-Islam di Kepulauan Melayu.
Kawi digunakan untuk menulis bahasa di kawasan tersebut seperti Sanskrit, Melayu dan Jawa.
Ian Sinclair berkata ini memberi asas yang kukuh untuk memeriksa penulisan tersebut dengan cabaran tambahan bahawa sktip tersebut telah bervariasi mengikut peredaran masa.
Nalina Gopal, kurator di Pusat Warisan India (Indian Heritage Centre) berkata ia merupakan perpektif yang cerah dan baharu.
Menurutnya, sebagai orang Singapura yang telah memiliki sejarah kedatangan British 200 tahun lalu, kini fakta tersebut telah mencadangkan bahawa Singapura berkemungkinan berusia 1,000 tahun seperti yang dicadangkan Dr Sinclair telah mengingatkan kita semua yang merupakan negara post koloni ini bahawa aspek sejarah dan warisan boleh dikaji semula untuk tafsiran yang lebih terkini.