MalaysiaPolitik

Rakyat Mahukan Blok Ketiga Dalam Politik?

Dengan kekecewaan yang semakin memuncak terhadap Pakatan Harapan (PH), idea blok ketiga dalam politik Malaysia seolah-olah mula mendapat kepercayaan. Walaupun ada halangan yang besar untuk penciptaan blok ketiga, ia adalah idea yang terbaik untuk politik negara buat masa ini.

Rakyat semakin sedar bahawa kedua-dua blok politik, PH dan gabungan Muafakat Nasional-BN tidak mempunyai matlamat yang jelas, dikuasai oleh pemimpin lama yang terlalu bersemangat untuk politik perkauman, terlalu terikat kepada dasar ekonomi yang gagal, tidak berupaya melakukan pembaharuan sebenar dan tidak menunjukkan usaha untuk membawa negara ke depan.

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lebih daripada 17% rakyat Malaysia bersedia untuk menyokong pasukan ketiga. Angka-angka ini dijangka akan berkembang menjelang pilihan raya akan datang melainkan terdapat perubahan sebenar dalam salah satu daripada blok politik semasa.

Kebanyakan rakyat sedia maklum akan agenda politik yang dibawa oleh Umno-PAS tetapi prestasi dan ketidakcekapan PH telah mengejutkan ramai.

Mereka berkuasa atas gelombang sokongan yang tidak dilihat sebelum ini di negara kita. Buat pertama kalinya dalam sejarah, rakyat merasakan ikatan persaudaraan yang nyata untuk memenangkan kerajaan baru.

Walau bagaimanapun, rekod pentadbiran kerajaan PH tidak mampu memberi keyakinan atau memberikan harapan yang besar kepada kita untuk terus optimis.

Sembilan belas bulan berlalu dan mereka tidak melakukan apa-apa kepentingan untuk meningkatkan perpaduan negara atau memperkenalkan pembaharuan pendidikan yang bermakna. Apa yang lebih buruk, mereka seolah-olah tidak tahu tentang apa yang perlu dilakukan. Perang besar mereka mengenai korupsi juga telah terhenti dengan hanya memilih beberapa tokoh Umno sementara berpuluh-puluh orang lain masih bebas berpolitik.

Sembilan belas bulan berlalu dan rakyat Malaysia masih dikongkong di bawah undang-undang kejam seperti Sosma manakala aktivis hak asasi manusia dipertikaikan lebih teruk melampaui era Umno-BN.

Sembilan belas bulan berlalu dan kita masih jauh dari mengetahui kebenaran tentang apa yang berlaku kepada Raymond Koh, Amri Che Mat dan Teoh Beng Hock. Sembilan belas bulan berlalu dan mereka masih belum membuat keputusan untuk IPCMC.

Pemimpin-pemimpin PH juga kelihatan terperangkap dalam politik lama, memasuki retorik perkauman dan memperjuangkan idea-idea dan dasar-dasar gagal. Contohnya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, secara terus-menerus menekankan ketidaksamaan ekonomi dan menyalahkan semua orang kecuali dirinya sendiri, walalupun kebanyakan dasar adalah cetusan ideanya.

Namun, Kabinet seolah-olah terlalu bergantung kepada seorang lelaki berusia 94 tahun untuk mengubah negara. Sebagai contoh, Wawasan Kemakmuran 2030 adalah tidak lebih daripada penjenamaan semula dasar-dasar lama era Umno.

Kumpulan B40 tidak akan mendapat banyak keselesaan atau bantuan daripada kerajaan PH. Ramai menteri PH juga kelihatan tidak mampu memahami kesakitan majoriti rakyat Malaysia yang berjuang untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Isu perbalahan yang serius dalam gabungan itu juga turut memburukkan keadaan. Selain perbalahan dalam PKR, ahli PPBM juga telah terjerut dalam krisis dalam usaha untuk menggantikan Mahathir.

Sementara itu, isu penyerahan jawatan PM oleh Mahathir kepada Anwar juga sering memenuhi laporan media.

Secara kesimpulannya, rakyat Malaysia mempunyai pelbagai sebab untuk kecewa dengan kerajaan. PH telah jehilangan arah, kehilangan keghairahan untuk reformasi, kehilangan semangatnya untuk perubahan yang nyata dan bermakna.

Rakyat telah melaksanakan tanggungjawab untuk perubahan pentadbiran negara tetapi PH tidak melakukan bahagiannya dan tidak memelihara kepercayaan yang diberi oleh rakyat.

Kebenaran sudah jelas bahawa orang semakin bosan dengan pemimpin yang tidak kompeten, tidak jujur, tidak matang dan berfikiran sempit.

Dan rakyat bersedia untuk berubah, bersedia untuk memilih pemimpin baru yang sanggup mengotakan harapan mereka, tidak mengeksploitasi ketakutan mereka, yang benar-benar komited untuk membina negara bebas, demokratik dan inklusif yang termaktub dalam perlembagaan kita.

Mungkin, satu blok pemimpin baru yang lebih muda, lebih berbakat dan tidak dicemari oleh rasuah, adalah apa yang kita perlukan untuk membina sebuah negara yang akan menjadi rumah kepada semua rakyat Malaysia, yang memberi kemakmuran kepada semua, yang disanjung di dunia dengan Budaya dan tradisi Melayu tanpa memburukkan sumbangan unik budaya lain.

Show More

Related Articles

Back to top button