Hiburan

Lelaki Disebalik Meme Popular Ini Rupanya Bukan Calang-Calang

Anda mungkin pernah lihat wajahnya di media sosial kerana meme popular.

Walau bagaimanapun, berita dukacita telah mengkhabarkan orang disebalik wajah meme popular tersebut telah meninggal dunia Jumaat lalu.

Berita kematiannya itu dikongsi oleh isterinya, Ilyn Alanguailan di Facebook yang memaklumkan suaminya meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dapat diberitahu.

Walaupun popular dengan aksi meme mukanya di media sosial, dia yang bernama Gerry Alanguilan yang berasal dari Filipina ini sebenarnya merupakan seorang artis dan inker buku komik yang berbakat besar seperti Wetworks, X-Men, Superman: Birthright, Wolverine, dan sebagainya.

Gerry Alanguilan juga dikenali kerana ciptaan beliau, seperti Johnny Balbona, Humanis Rex!, ELMER, Timawa, dan Where Bold Star Goes to Die.

Ketua Editor Marvel, C.B. Cebulski turut meluahkan kesedihannya melalui akaun Twitter atas pemergian Gerry kerana telah kehilangan penulis yang mempunyai bakat yang menakjubkan.

Menurutnya, rakyat Filipina pasti amat terasa dengan tokoh mereka yang selama ini telah banyak mengharumkan nama negara tersebut di dalam industri komik.

“Sedih untuk menerima pemergian Gerry Alanguilan. Seorang yang hebat yang diambil terlalu awal daripada kami. Seorang penulis dan inker yang menakjubkan, mentor kepada artis-artis muda, banyak idea untuk komik global dan komuniti Filipina telah kehilangan seorang kawan dan wira mereka.

Perkongsian Cebulski tular di media sosial dan rata-rata warga maya khususnya masyarakat Filipina bersedih dengan pemergian Gerry yang merupakan seorang yang ramah dengan peminatnya.

“Saya berharap saya boleh meluangkan masa lagi bersamanya. Lelaki ini merupakan seorang lelaki yang betul gentleman dan bersungguh-sungguh dalam memberi yang terbaik kepada komik. Pemergiannya pasti akan dirindui,” tulis @iamironfist23 di Twitter.

@zazvercetti pula memberitahu ” Saya seorang Youtuber terawal, pelawak, meme yang akan diingati, artis terbaik. Minggu lalu baharu tengok salah satu videonya di Youtube dan tak sangka itu merupakan videonya yang terakhir,”.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close