Bisnes & Ekonomi

Arak Eropah Masih Disekat Di Indonesia Akibat Ketegangan Import Minyak Kelapa Sawit?

Laporan telah melihat Indonesia telah memberi kesukaran kepada pengeluar minuman keras Eropah untuk mengeksport minuman ke Indonesia selepas Jakarta mengatakan tidak puas hati berhubung keputusan Kesatuan Eropah (EU) yang berpandangan minyak sawit tidak seharusnya dianggap bahan bakar hijau sejak akhir suku pertama tahun ini.

Suruhanjaya Eropah, yang mengawasi dasar perdagangan untuk 28 negara EU, Mac lalu memutuskan bahawa penanaman sawit pada umumnya menyebabkan hutan ditebang secara berlebihan, sekali gus menimbulkan persengketaan dengan pengeluar utama sawit Malaysia dan Indonesia.

 

EU Menghantar Surat Kepada Indonesia

Sebuah surat yang ditulis oleh Pesuruhjaya Perdaganagan EU, Cecilia Malmstrom kepada Indonesia tentang “kebimbangan mendalam” pada bulan September lalu telah menzahirkan persoalan mengapa pengeluar minuman keras dari EU tidak mendapat kelulusan.

Penghantaran alkohol dari negara EU telah terbengkalai dalam kontena dan gudang simpanan sehingga beberapa jenama kehabisan stok menurut surat yang dibaca oleh Reuters.

 

Bukan Arak Sahaja Disekat Oleh Indonesia

Sejak bulan Ogos, Indonesia juga telah mengambil langkah untuk menghadkan produk tenusu dari EU dan mengancam untuk tariff tambahan.

Menurut Malsmstrom, membaawa kes ini ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bakal menyelesaikan permasalahan ini.

Pada bulan ini, Indonesia telah melakukan hal tersebut dengan menfailkan kes di WTO yang berpangkalan di Geneva.

Pihak EU juga turut melancarkan aduan ke WTO di akhir November untuk menyekat eksport bijih nikel dan melancarkan tarif ke atas biodiesel Indonesia pada bulan ini.

Pasaran biodiesel di EU adalah bernilai sebanyak 9bilion Euro setahun dengan import daripada Indonesia bernilai 400 juta Euro.

 

EU Juga Menggunakan Kelapa Sawit Untuk Menjana Tenaga!

Pada tahun lalu, blok EU telah menggunakan lebih daripada 7 juta ton minyak kelapa sawait di mana 65% daripadanya digunakan untuk tenaga.

Pada bulan April yang lalu, menteri perdagangan Indonesia telah memaklumkan terdapat kelewatan dalam pemberian lesen import ke atas spirit daripada Eropah tetapi menafikan bahawa ia adalah hasil tindak balas akibat dasar EU tentang kelapa sawit Indonesia dan menyatakan bahawa ia adalah kehendak pasaran.

Kebanyakan pemilik bar, restoran dan hotel di sekitar ibu kota Indonesia turut mengakui kesukaran mendapat alkohol daripada negara EU sejak awal tahun ini.

 

Indonesia Bersedia Untuk Tidak Berurusan Dengan EU

Kementerian Perdagangan Indonesia telah memberi amaran pada awal minggu ini bahawa Indonesia bersedia untuk tidak berurusan dengan perjanjian perdagangan bebas di antara EU akibat daripada pendirian mereka terhadap minyak kelapa sawit.

Eropah membekalkan 30% pasaran tenusu Indonesia; walaupun para pengimport boleh mencari alternatif untuk mendapatkan bekalan tetapi spesifikasi produk dan kontrak yang telah terjalin menyebabkan keadaan menjadi rumit.

Bagi Pengerusi Persatuan Minyak Kelapa Sawit Indonesian, Joko Supriyono, ancaman Eropah terhadap industri kelapa sawit negara adalah sangat serius dan Indonesia harus berani untuk menggunakan instrumen perdagangan untuk bertindak balas.

 

Sumber Imej Terencana: guratgarut

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close