Sukan

Pemain Inter Milan Termuda Pecah Rekod Lebih 60 Tahun

Pada awal minggu ini, Sebastiano Esposito menjadi penjaring termuda di Inter Milan dan memecahkan rekod lebih 60 tahun apabila mencapai sasaran 4-0 sewaktu perlawanan di antara Genoa sekaligus membantu pasukannya memasuki kedudukan atas di Serie A.

Pemain berusia 17 tahun yang menaklukan sepakan penalti pada pusingan kedua telah menjadikannya pemain termuda untuk menjaringkan gol sejak Mario Corso pada tahun 1958.

“Saya melihat ibu saya di kalangan penyokong dan jaringan gol ini adalah untuknya,” kata Esposito yang menitiskan air mata kegembiraan.

“Saya tidak dapat tidur sehari sebelum perlawanan (setelah diberitahu akan memulakan permainan). Saya menghabiskan semalam memikirkan apa yang akan terjadi pada hari ini,” katanya kepada Sky Sports Italia.

Remaja tersebut juga berterima kasih kepada Lukaku yang memberi sepakan bola ke arahnya untuk mengambil sepakan penalti tersebut walaupun beliau sebenarnya boleh menghabiskan perlawanan tersebut dengan ‘hatrick’ kerana sebelum itu Romelu Lukaku sudah pun menjaringkan dua gol diikuti oleh Roberto Gagliardini satu gol.

Lukaku memberi kesempatan untuk Esposito menjaringkan gol penalti ulungnya. Sumber Imej: thewashingtontime.com

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan terutamanya kepada jurulatih, kelab dan Romelu terutamanya untuk gol tersebut.

“Mereka semua adalah orang-orang hebat sebelum menjadi pemain profesional. Saya melihat diri saya boleh bekerjasama dengan Romelu dengan serta mert. Beliau merupakan seorang yang hebat yang sentiasa menjaga saya. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya bahawa semuanya akan baik-baik sahaja dan saya sangat gembira kerana telah menjaringkan gol tersebut,” kata Esposito.

“Saya melihatnya ketika menjalankan latihan pra-musim dan dia kelihatan seperti anak kecil, malah rupanya juga masih muda,”kata jurulatih Inter Antonio Conte yang berceritakan tentang Esposito.

“Dia mendapat peluang yang besar hari ini dan dia sudah pasti telah menggunakan peluang tersebut sebaiknya. Dia sudah pasti bakal memiliki masa depan yang cerah. Kedua ahli keluarganya dan juga saya sendiri bakal membantunya dan jika dia berterusan dengan prestasi ini sudah pasti dia hanya akan memperbaiki dirinya,” ujar Conte.

 

Sumber Imej Terencana: FOXSportsAsia

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close