Isu SemasaTempatan

Barista Bukan Pekerja Bawahan!

Kemenangan Irvine Quek di pentas dunia sebanyak dua kali sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada ramai penggiat kopi tanah air. Apatah lagi yang berminat seni kopi yang juga dikenali sebagai ‘latte art’.

Pada tahun 2018 Irvine yang kini berusia 21 tahun telah menjadi juara seni latte dunia yang dijalankan di Brazil dan pada 2019 beliau merupakan juara ‘battle’ di seni latte dunia.

 

Anak Malaysia Pertama Menjadi Juara Dunia

Dengan kemenangannya itu Irvine menjadi orang Malaysia pertama dan paling muda untuk memenangi pertandingan dunia seperti ini.

Walaupun usianya muda tapi Irvine sebenarnya telah mula berkecimpung dalam bidang ini sejak usia 16 tahun.

Irvine bekerja sambilan menjadi barista pada usia tersebut kerana ingin membeli telefon bimbit untuk dirinya sendiri.

 

Keadaan Terdesak Membuatnya Berkecimpung Dalam Dunia Barista

Irvine yang mengaku kepada TheStar bahawa dirinya bukan daripada golongan kaya apabila ibunya ditinggalkan oleh ayahnya pada usia sangat mentah hingga dibesarkan oleh neneknya.

Keadaan yang mendesak telah menyebabkannya menjadi seorang barista namun ia beransur menjadi sebuah kerjaya yang tumbuh untuk dia cintai.

“Apabila saya berusia 17 tahun, saya sedar bahawa saya sangat mencintai pekerjaan saya itu dan disebabkan kedudukan keluarga saya, saya perlu mula bekerja pada usia muda dan meraih pendapatan serta berdikari,” kata Irvine seraya menambah setelah pemergian neneknya, Irvine terpaksa menangggung dirinya sendiri.

“Saya memutuskan untuk berhenti sekolah dan menjadi barista penuh,” kongsinya.

Hasil seni latte Irvine semasa pertandingan juara dunia di Brazil. Sumber Imej: SCANews

Keputusannya itu mendapat bantahan daripada ibu dan juga ayah tirinya sehingga sanak-saudaranya fikir dia adalah “budak jahat” kerana berhenti sekolah. Mereka juga memandang rendah terhadap dirinya dam memanggilnya ‘kopi chai’ yang membawa maksud pekerja kedai kopi.

Walau bagaimanapun, semua ini tidak memutuskan semangatnya kerana dia memiliki misi yang jelas sejak dirinya kecil lagi.

 

Memiliki Cita-Cita Dalam Sains & Seni Sejak Kecil

“Saya sangat menggemari seni dan lukisan. Sewaktu saya di sekolah rendah, cita-cita saya adalah untuk menjadi saintis, artis atau selebriti,”kenang Irvine.

Baginya menjadi seorang barista ini adalah sains yang harus dicampur dengan seni.

“Saya mahu orang ramai tahu bahawa ia merupakan sebuah kerjaya profesional dan terdapat pelbagai peluang dan masa hadapan melalui kerjaya ini,” jelas Irvine.

Irvine juga berkata impia untuk menjadi selebritinya itu seolah-olah telah berjaya setelah memenangi kejuaraan dunia senia latte 2018.

Ini kerana beliau sering dijemput untuk menghadiri bengkel dan beri ceramah serta berjalan ke serata dunia untuk berkongsi tentang kopi.

 

Dihormati Senior

Walaupun dalam industri kopi tanah air Irvine dikirakan junior kerana umurnya, namun seniornya juga menghormatinya.

“Saya tahun saya muda tetapi setelah memenangi kejuaraan, saya memiliki tanggungjawab untuk mewakili barista, golongan seni latte dan juga negara saya sendiri,” jelas Irvine.

Semasa kejuaraan battle 2019 yang diadakan di Korea Selatan, rekaan seni latte Irvine yang menyebabkan kemenangannya ialah rekaan seekor beruang kutub dengan ikan serta anjing husky.

Sumber Imej: thestar.com.my

“Beruang polar itu adalah spesies terancam akibat perubahan iklim dan ini merupakan cara saya untuk memperingatkan orang ramai untuk mengambil berat tentang isu seperti ini dan jangan menyebabkan haiwan indah ini pupus,” kata Irvine.

Tentang seni anjing huskynya pula, menurutnya potrait haiwan 3D kian popular di kalangan penggiat seni latte. Oleh itu Irvine mahu mempamerkan potrait 3Dnya ke satu aras yang lebih tinggi dengan menggunakan anjing yang popular dan memilih husky.

Di Brazil, Irvine mempamerkan tiga rekaan iaitu burung kenyalang, ikan lumba-lumba dan monyet.

Irvine berkata rekaan burung kenyalang tersebut terinspirasi daripada duit RM5 yang memaparkan burung tersebut di bahagian belakang.

Manakala monyet tersebut dipilih Irvine pada pertandingan itu kerana dia mahu mencipta pergerakan yang boleh menyebabkan orang senang melihatnya.

Ikan lumba-lumba pula kerana ia adalah haiwan yang paling bijak di dunia tetapi tidak ramai yang berpeluang untuk melihatnya dengan mata kepada sendiri oleh itu dia mahu merekanya dengan elemen pergerakan.

 

Mempunyai Mentor Yang Baik Adalah Penting

Kesemua kejayaan yang dikecapinya sekarang Irvine kata ia adalah kerana dia memiliki mentor yang baik dalam kehidupannya.

Sumber Imej: eatdrinkKL

Menurutnya Irvine, bosnya di 103 Coffee Workshop yang telah menghantarnya untuk mengikuti latihan formal sebagai seorang barista setelah melihat potensi dan bakat yang dimilikinya.

Irvine juga berkata pelatihnya, Chye Yuan Feng juga memainkan peranan penting kerana telah melatihnya sejak usia 16 tahun lagi.

Bagi Irvine, mendapatkan mentor adalah penting dan ia harus berjalan dua arah. Kini Irvine berharap dia boleh berkongsi ilmu dan kemahirannya kepada orang lain.

 

Anak Buah Juga Hebat!

“Saya sedang menjadi mentor kepada pelajar saya, Nicky Voon yang menjadi juara dalam kejuaraan seni latte Malaysia 2019 dan mewakili Malaysia ke Berlin untuk Kejuaraan Dunia Seni Latte pada awal tahun ini dan mendapat tempat ke-8,” kata Irvine bangga dengan pencapaian anak buahnya itu.

“Saya juga mahu memotivasi anak muda untuk percaya diri, melakukan yang terbaik bagi mencapai impian masing-masing. Tetapi sudah tentu mereka perlu habiskan pelajaran mereka dahulu dan bukan berhenti sekolah seperti saya.

Anak muda selalunya mudah terpengaruh dan hilang fokus tentang apa yang mereka mahu atau mahir. Namun ia adalah penting untuk memiliki visi jangka panjang dan jangan pernah meragui kemampuan diri anda,” nasihat Irvine.

 

Tidak Pandai, Belajarlah & Berusaha

Memenangi kejuaraan tersebut juga sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran diri Irvine ini kerana sebelum menjadi juara pada tahun 2018, dia tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik tetapi tahu jika dia mahu pergi jauh dalam hidup, dia perlu berkomunikasi dengan labih baik oleh itu dia mempelajari bahasa Inggeris dengan menggunakan lirik lagu.

“Saya akan membawa lirik dan menyanyi bersama para artis,” kongsinya yang gemar lagu rap dan hiphop.

 

Dari Barista Menjadi Usahawan

Terbaharu Irvine melancarkan jug susu jenama sendiri setelah menyedari barista perlu barangan yang baik untuk meningkatkan kemahiran seni mereka.

Pada awal permulaannya sebagai barista, Irvine tidak mempunyai pilihan dan menggunakan apa yang adaa. Ini membuatkan dirinya sedar bahawa dengan adanya jug susu yang baik, ia sangat membantu untuk meningkatkan kepercayaan diri barista tersebut.

Memiliki permikiran berniaga, Irvine juga mahu membuka akademinya sendiri tahun hadapan serta melancarkan rangkaian biji kopinya sendiri beserta dengan peralatan barista.

Nampak gayanya ada sahaja perancangan menarik yang bakal dikeluarkan oleh Irvine Quek.

 

Sumber Imej Terencana: orangkata.my

Show More

Related Articles

Back to top button