Sukan

Pernah Menjadi Jurulatih Skuad Jepun Hingga Bergelar Juara Dunia, Allahyarham Dijemput Ilahi Sebelum Sempat Mencurahkan Ilmu Ke Skuad Junior BAM

Sedih membaca petikan twitter Kento Momota yang menulis ciapan khas untuk bekas jurulatihnya Allahyarham Izuan Ibrahim yang dipetik oleh Berita Harian.

Kento Momota yang kini merupakan ranking nombor satu dunia menyifatkan Allahyarham seorang yang berjiwa murni dan sangat bangga dirinya pernah dididik oleh Allahyarham.

Pemain dari Jepun berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa kegemilangan yang dikecapinya kini tidak akan mampu tercapai tanpa bimbingan daripada Allahyarham Izuan yang memainkan peranan penting dalam memupuk bakatnya ketika masih remaja.

“Saya tidak akan berada di mana saya sekarang tanpa bantuan jurulatih Izuan Ibrahim. Saya berbesar hati dan bertuah menemui seseorang yang berjiwa murni seperti itu. Takziah yang paling tulus daripada saya. #RestInPower,” kata Momota dalam ciapan terkininya di laman sosial Twitter yang sudah dihapus.

Sumber Imej: stylosports.com

Sempat Mengadu Sakit Kepala

Menurut astroawani Allahyarham Izuan Ibrahim, 35 tahun, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini setelah dimasukkan ke hospital yang sama kerana mengadu sakit kepala dan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak dan darah beku.

Laporan dari SinarHarian berkata sebelum ini, Izuan dilapor menjalani pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di otaknya yang menyebabkan dia mengalami pendarahan ‘intracranial’ dan tidak sedarkan diri.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, kira-kira pukul 11 malam.

“Allahyarham sepatutnya melaporkan diri untuk bertugas sebagai jurulatih skuad junior BAM dalam masa terdekat,” kata Presiden Persatuan Badminton Kelantan Dr Naharuddin Hashim.

Beliau berkata Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Marsyhtah Muhammad dan tiga orang anak.

Allahyarham Izuan sebelum ini tular selepas Jepun muncul juara Piala Thomas pada 2014 kerana pernah menjadi jurulatih Kento Momota ketika masih remaja.

 

Sumber Imej Terencana: thesundaily

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close