SukanTeknologi

Aerowolf Pro Juara PUBG Di League of Champions IV

Pasukan dari Indonesia, Aerowolf Pro telah dinobat sebagai juara PUBG di acara Lenovo Legion Of Champions IV baru-baru ini!

Legion of Champions IV adalah acara e-sukan berprestij dianjurkan pada peringkat Asia Pasifik, termasuk Australia dan New Zealand buat pertama kalinya.

Bagi kejohanan kali ini, ia berlangsung di Pantip Plaza, Bangkok, Thailand dari 13 hingga 15 Disember 2019 yang lalu.

Dari kiri – Tempat kedua: TokioStriker, Juara: Aerowolf Pro, Tempat ketiga: M1 | sumber foto oleh mygameon.my

Pasukan Aerowolf Pro Team menjuarai kejohanan ini dengan menewaskan pasukan TokioStriker dari Thailand dengan kelebihan 4 mata.

Juara ini membawa pulang wang tunai AS$4,000 (sekitar RM16,500) dan laptop Legion Y540 bernilai bernilai AS$6,000 (sekitar RM24,800).

Manakala naib juara TokioStriker membawa pulang AS$3,000 (sekitar RM12,400) dan M1 ditempat ketiga pula membawa pulang AS$2,000 (sekitar RM8,200).

Salah seorang wakil dan pemain Aerowolf Pro Team, Ridho “RDK” Dwiki Sena menjelaskan ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Menurutnya LOC merupakan platform terbaik buat pasukan dan dirinya unutk berkongsi pengalaman serta mendapatkan dan belajar tips juga cara persediaan bersaing dari pemain-pemain profesional di Legion Academy.

Bagi yang terlepas aksi perlawanan akhir ini, anda boleh saksi tayangan semula di laman Twitch rasmi mereka. (KLIK DI SINI)

sumber: MyGameOn.my

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close