Hiburan

Siri Netflix “Messiah” Cetus Kontroversi Keagamaan

Siri terbaru Netflix berjudul “Messiah” telah menimbulkan kekeliruan dan kritikan dari umat Islam seluruh dunia yang mengatakan ia bersifat Anti-Islam.

Plot yang berkontroversi, “Messiah” mengisahkan tentang seorang pemimpin agama misteri yang muncul di Timur Tengah untuk menentang kebangkitan IS dan diburu di seluruh dunia oleh CIA.

“Ya, plotnya sangat provokatif. Siri itu provokatif tetapi tidak menyinggung perasaan,” kata pencipta Michael Petroni kepada AFP.

Messiah atau Al-Masih (bahasa Arab) adalah gelaran penyelamat atau pembebas bagi sekumpulan orang, biasanya dalam agama-agama samawi.

“Messiah” yang bakal keluar pada 1 Januari, membayangkan bagaimana masyarakat moden akan bertindak apabila utusan itu muncul, menyebarkan mesejnya dengan cepat melalui media sosial dalam dunia yang bergelut dengan “berita palsu” dan buletin 24 jam tanpa henti.

Siri ini menunjukkan bahawa dunia akan kucar-kacir dengan kemunculan mendadak seorang lelaki muda yang serupa dengan Jesus Christ. Seperti Jesus, lelaki misteri itu mendakwa bahawa dia dihantar ke bumi dengan misi khas dari bapanya.

Dikenali sebagai al-Masih, dia juga berbakat dengan keupayaan untuk melakukan mukjizat dan menarik perhatian yang sengit dari semua orang yang dihadapi dalam perjuangannya.

Siri “Messiah” dibintangi oleh pelakon Belgium, Mehdi Dehbi. Ia mengetengahkan persoalan sama ada pemimpin misteri yang muncul itu adalah utusan yang tulen, seorang agen politik yang jahat atau hanya penipu.

Petroni mengakui Netflix “risau” apabila dia membentangkan ideanya untuk siri itu.

“Ia adalah satu konsep yang berani. Pelakon perlu berarak dengan 2,000 orang Syria-Palestin di seberang sempadan Israel.”

Konsep itu termasuk bangunan, dengan perbelanjaan yang besar, replika Temple Mount termasuk Dome of the Rock di mana umat Islam percaya ia menjadi tempat Nabi Muhammad dibawa naik ke syurga.

Tetapi Petroni menegaskan siri itu “tidak bertujuan untuk menyinggung perasaan sesiapa pun.”

“Saya bukan mahu mengundang kritikan tetapi kami menjangkakan bahawa akan terdapat banyak komen dan banyak perdebatan,” katanya.

Petisyen Change.org telah dilancarkan menyeru untuk memboikot drama bersiri itu, menggambarkannya sebagai “propaganda jahat dan anti-Islam.”

Dalam “Messiah”, ia tidak dinyatakan apakah agama kepercayaan pemimpin misteri yang muncul itu.

Petroni juga enggan mendedahkan agamanya sendiri. Tetapi dua pengeluar siri itu, pasangan suami dan isteri Mark Burnett dan Roma Downey, mempunyai latar belakang kepercayaan Kristian.

“Penggunaan lokasi yang suci seperti Temple Mount adalah perlu kerana ia adalah pertalian agama di mana agama Kristian, Islam dan Judaisme saling berkait.

“Jelas sekali, semua agama ini berkaitan di lokasi terbabit. Bagi saya sendiri, sebagai lokasi untuk cerita tentang politik dan agama, ia begitu simbolik,” kata Petroni.

Penggambaran berlaku di Jordan dan Amerika Syarikat. Peralihan lokasi antara Timur Tengah, Texas dan Washington DC menyediakan satu set cabaran tambahan kepada kru.

Watak-watak, termasuk ejen CIA yang dilakonkan oleh Michelle Monaghan, menggunakan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Ibrani dan Arab.

Treler pertama “Messiah” yang dikeluarkan awal bulan ini, menarik kritikan penonton dari kalangan Muslim yang menyebut nama “Al-Masih” digunakan dalam teologi Islam untuk Dajjal, utusan palsu yang dikenali sebagai Antichrist dalam agama Kristian.

Netflix kemudian melalui akaun Twitternya dengan cepat menyatakan “Messiah sebenarnya bukan nama watak itu” dan butiran plot tetap dirahsiakan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close