Bisnes & Ekonomi

Tahukah Anda Malaysia Sudah Memiliki Pasaran Mata Wang Kripto Rasmi?

Kita mungkin pernah dengar tentang mata wang kripto dan pelbagai spekulasi tentangnya.

Malah terdapat pendedahan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di tahun 2018 bahawa 130 orang rakyat Malaysia telah mengalami kerugian RM 30 juta selepas terjebak dalam skim pelaburan matawang kripto dalam tempoh tiga tahun.

Dan pada tahun yang sama kumpulan 20 negara (G-20) bersetuju bahawa mata wang kripto bukan sejenis mata wang tetapi lebih kepada aset. Itu bererti dagangan berpotensi untuk dikenakan cukai keuntungan modal.

Kripto “kekurangan ciri-ciri mata wang berdaulat,” menurut draf komuniti G-20 yang diperoleh Bloomberg. Ia sudah membuktikan masalah di AS, di mana hanya sebahagian kecil rakyat Amerika melaporkan transaksi kripto mereka kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri.

 

Luno, pasaran mata wang kripto pertama diluluskan di Malaysia

Namun di Malaysia Luno dilancarkan sebagai pasaran mata wang kripto pertama di Malaysia yang mendapat kelulusan penuh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada 14 Oktober 2019.

Mereka melancarkan platform yang menjadi perkhidmatan mata wang tersebut di Malaysia pada bulan lalu secara rasmi yang menawarkan akses kepada pengguna di Malaysia melakukan tukaran ringgit kepada mata wang digital iaitu Bitcoin atau Ethereum; dan menguruskan dagangan aset mata wang kripto itu menerusi platformnya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Luno, Marcus Swanepoel, berkata kelulusan daripada badan pengawal seliaan seperti SC itu menunjukkan sektor kewangan yang kini mula mengadaptasikan aset digital baharu dan teknologi blockchain.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Luno, Marcus Swanepoel

Kelebihan Luno

Katanya, kelebihan platform tukaran mata wang yang dikawal selia seperti itu memberikan ketelusan dalam perniagaan dan perlindungan pengguna selain menyediakan pelan tindakan menggalakkan kerjasama agensi bagi menjalankan kajian kes perintis.

“Malaysia menjadi pasaran yang berada di barisan hadapan dalam penggunaan mata wang kripto. Ini memberikan peluang kepada pelabur, peniaga dan individu di Malaysia untuk memaksimumkan faedah simpanan kewangan baru seperti ini.

“Menerusi kerjasama dengan pelanggan kami, kami berhasrat supaya mereka dapat membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto Bitcoin dan Ethereum dengan selamat selain aset digital lain yang akan diluluskan SC pada masa depan,” katanya sewaktu majlis pelancaran Luno di ibu kota.

 

Dari Mana Asal Luno?

Luno yang ditubuhkan di tahun 2013 yang berpangkalan di London sebenarnya sudah berada di Malaysia sejak 2015 dan mula mendapat sambutan tinggi sehingga meletakkannya sebagai platform tukaran aset digital terbesar negara pada 2017, sebelum terbabit dalam membantu pengawal selia membentuk rang undang-undang peraturan kripto di Malaysia.

Apabila melancarkan semula perkhidmatannya pada akhir Oktober, Luno menyaksikan aktiviti dagangan aset digital lebih RM2.5 juta dalam tempoh hanya 10 hari.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri, berkata langkah Malaysia membenarkan penyedia perkhidmatan mata wang digital beroperasi menerusi kawal selia undang-undang itu menunjukkan keterbukaan negara kepada inovasi kewangan generasi masa depan.

Katanya, Luno Malaysia kini menjadi pengendali pasaran yang pertama diiktiraf untuk menyediakan perkhidmatan, menguruskan dan menyelenggara tukaran mata wang kripto di Malaysia.

“MDEC sentiasa berusaha meningkatkan Malaysia menjadi nadi digital di ASEAN. Bagi mencapainya termasuklah memerlukan usaha menyokong syarikat yang menyediakan produk dan perkhidmatan berkaitan krypto bagi memacu inovasi perkhidmatan kewangan,” katanya.

 

Luno Melantik AmBank Sebagai Bank Utama Dalam Pertukaran Mata Wang Kripto Di Malaysia

Pada awal bulan Disember kelmarin, Luno elah melantik AmBank (M) Bhd sebagai bank utama mereka untuk menyokong operasi pertukaran wang.

Luno juga memiliki aplikasi yang membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto mereka dengan mudah.

Dana pelanggan Luno akan disimpan di dalam Akaun Amanah Ambank menerusi keperluan yang diperuntukkan oleh SC berserta dengan penyelesaian pengurusan kewangan yang membolehkan pengguna Luno akses yang mudah kepada pertukaran wang tersebut.

Sebagai sebahagian daripada garis panduan yang dikenakan oleh SC, Luni perlu meluluskan kenali-pelanggan-anda dan peperiksaan antipencucian wang serta melaporkan transaksi yang mencurigakan kepada Bank Negara Malaysia serta SC.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close