Teknologi

Ford Menggunakan Kulit Biji Kopi McDonald Untuk Hasilkan Komponen Kereta Mereka

Dengan keadaan perubahan iklim yang semakin memburuk, perjuangan menghasilkan barangan dari bahan buangan yang memberi impak positif ke alam sekitar semakin meningkat, industri teknologi permotoran juga tidak terlepas daripada perkara ini.

Menurut paultan.org, para pengeluar kini sedang sibuk untuk menghasilkan komponen-komponen kenderaan yang diperbuat dari bahan organik.

Porsche Cayman GT4 Clubsport 718 menghasilkan pintu dan spoiler belakang yang diperbuat dari bahan agrikultur seperti biji flex dan hemp, manakala Mazda MX-30 diberi kemasan dalaman yang diperbuat daripada bahan gabus yang sama seperti gabus yang digunakan pada penutup botol minuman keras seperti wain atau jus sparkling.

 

Ford Mula Hasilkan Komponen Lestari Sejak 2017

Pada 2017, Ford pula mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan komponen-komponen yang lebih kuat seperti gentian karbon dan ringan seperti aluminium dengan menggunakan gabungan buluh dan plastik.

Kesinambungan daripada perjuangan mereka menghasilkan bahan yang lebih lestari, Ford kini hadir dengan satu lagi inovasi baharu iaitu menghasilkan komponen plastik yang diperbuat daripada kulit biji kopi (chaff) yang dibuang oleh rangkaian restoran makanan segera antarabangsa – McDonalds.

Chaff adalah kulit sebelah luar biji kopi yang akan terbuka sendiri ketika biji kopi berkenaan dimasak secara membakarnya.

 

Kerjasama Dengan McDonald Untuk Ganti Plastik

Menurut Ford, chaff tersebut jika digabunkan dengan plastik dan berberapa bahan campuran lain, ia akan menghasilkan material yang sangat baik untuk menggantikan komponen plastik sedia ada.

Antara komponen yang dihasilkan dari material ini adalah perumah utama untuk lampu hadapan.

Walau bagaimanapun, Ford tidak menyebut untuk model mana yang akan menggunakan lampu ini tetapi menerusi apa yang ditunjukkan dalam video yang disiarkan, mereka menghasilkan untuk trak pikap Ford Ranger pasaran Amerika Syarikat.

 

Kerjasama Dengan Syarikat Teknologi Hijau

Projek ini turut disertai oleh Varroc Lighting Systems yang menjadi vendor untuk membekalkan lampu hadapan kepada Ford, dan juga Competitive Green Technologies iaitu pihak yang bertanggung jawab untuk memproses chaff kopi tersebut.

Menurut ketua teknikal senior unit kemampanan material Ford Motor Company, Debbie Mielewski dalam video berkenaan, komponen yang dihasilkan dari material baharu berasaskan chaff ini adalah jauh lebih baik dari plastik yang mereka gunakan sebelum ini; ia lebih ringan malah lebih tahan dengan tahap kepanasan yang lebih tinggi.

McDonald menghasilkan 6,000 pound chaff kopi berkenaan dari sumber yang diambil dari pelbagai negara seperti Colombia, Guatemala, Costa Rica, Nicaragua, El Salvador, Brazil dan Sumatera di Indonesia. Jadi dari dibuang begitu sahaja, Ford mengambil inisiatif ini yang dilihat jauh lebih kehadapan berbanding proses kitar semula biasa.

Show More

Related Articles

Back to top button