Isu SemasaSains

Terdapat Zombie Di Dasar Laut Akibat Manusia!

Apabila sekumpulan saintis marin yang mewakili Greenpeace menjumpai sangkar plastik yang tidak lagi digunakan dibiarkan di dasar laut, ia sesuatu yang membuka mata kerana perangkap udang kara ini boleh menyebabkan lebih banyak hidupan laut terjejas dan mati.

“Kami berada di kejauhan seribu batu daripada pinggir Afrika Selatan dan melihat sangkar yang sudah tidak digunakan lagi ini adalah sesuatu yang sangat ‘menjijikkan’,” kata Thilo Maack, pakar marin dan hidupan laut bersama Greenpeace.

 

Alat Hantu Mengancam Hidupan Laut

Alatan memancing atau menangkap hidupan laut yang dibiarkan di dalam laut ini juga dikenali sebagai ‘ghost gear’ (alat hantu) telah menyumbang sebahagian besar ke atas pencemaran plastik di laut dan ini mengancam nyawa kehidupan laut kerana mereka akan terperangkap dan menyebabkan kematian yang lambat dan menyakitkan.

Jaring, tali tangsi, perangkap dan pelbagai lagi alat penangkapan hidupan laut ini yang berkemungkinan terjatuh atau dengan sengaja dibuang ke dalam laut ini dijangka menyumbang kepada pencemaran sisa plastik sebanyak satu ton setiap minit.

Dron Rakam Dasar Laut Tercemar

Dron bawah air telah menunjukkan bahawa Pergunungan Vema di mana misi Greenpeace beroperasi menunjukkan pencemaran plastik ini tidak dapat dielakkan.

Terdapat imej yang memperlihatkan ikan terperangkap di antara tali dan jaring.

Para pengkaji yang berada di sana untuk ekspidisi selama tiga minggu itu tidak dapat memastikan sudah berapa lama peralatan memancing itu telah berada di kawasan demikian namun ia kelihatan seperti sudah lama.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa peralatan memancing yang dibuang ini juga mungkin boleh dianggarkan memiliki berat bersamaan 50,000 bas dua tingkat.

 

Terdapat Zombie Dalam Air

“Alat hantu ini adalah seperti zombie di dalam air kerana tidak ada sesiapa yang mengambil hasil tangkapan tersebut namun ia masih lagi “memburu” mangsa,” kata Maack kepada AFP.

Menurut World Animal Protection yang berpangkalan di UK, pencemaran sebegini telah mengakibatkan kecederaan dan membunuh lebih 100,000 ikan paus, dolfin, anjing laut dan penyu setiap tahun.

Manakala lebih 300 spesies penyu terancam telah terbunuh dalam sebuah insiden tahun lalu akibat terjerumus pada jaring ikan yang telah dibuang di selatan Mexico.

Masalah Besar

“Ia menjadi masalah yang sangat besar kerana ia dipasang untuk menangkap dan membunuh hidupan laut seperti ikan tetapi apabila ia tidak dikutip balik, ia menjadi perangkap selama-lamanya selagi ia berada di dalam laut,” kata Bukelwa Nzimande daripada Greenpeace Afrika.

Plastik yang mengambil lebih kurang 600 tahun untuk terurai ini bakal hancur kepada partikel sangat kecil yang akhirnya dicerna oleh ikan dan kembali ke darat untuk dihidangkan ke atas pinggan manusia untuk dimakan.

 

Undang-Undang Perlu Diketatkan

Pada tahun 2007, penangkapan ikan dasar laut telah diharamkan di Pergunungan Vema oleh South East Atlantic Fishin Organisation (SEAFO) yang berpangkalan di Namibia tetapi hanya 1% laut terletak di bawah organisasi tersebut.

64% lautan dunia ini berada diluar daripada bidang kuasa tempatan dan kumpulan alam sekitar ini sedang melobi organisasi dalaman kerajaan untuk mendapatkan sistem yang lebih komprehensif bagi melindungi kehidupan laut.

Mereka juga sedang mendesak untuk undang-undang laut yang lebih ketat dijalankan ke atas nelayan untuk memastikan mereka tidak membuang alatan mereka ke dalam laut dengan segaja.

 

Inisiatif Bersihkan Dasar Laut

Pada kesempatan yang lain, terdapat juga organisasi yang tidak mendatangkan untung (NGO) mengambil inisiatif sendiri untuk membersihkan dasar laut.

Bagi seorang penyelam asal Belanda yang juga pengasas sebuah NGO yang membersihkan alat hantu sejak 2012, Van Erp berkata ia sangat mengujakan apabila dia terjumpa alat ini kerana beliau mampu memberhentikan “kitaran kematian” akibat daripada alat-alat hantu ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close