EventsGaya Hidup

Acara ACG Tahunan Comic Fiesta 2019 Kembali!

Acara terbesar konvensyen peminat anime, manga dan permain video (ACG) – Comic Fiesta kembali lagi bagi menutup tahun 2019!

Merupakan acara tahunan bagi para ‘otaku’, Comic Fiesta merupakan acara ACG paling lama yang diadakan di Malaysia dan dikunjungi lebih 10,000 peminat.

Untuk tahun ini Comic Fiesta masih bakal diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 21 dan 22 Disember 2019.

Apa Yang Bakal Menanti Anda Di CF Tahun Ini?

Comic Fiesta kali ini menjemput 2 mangaka popular dari negara matahari terbit, Rino Mizuho (Shokora no Mahou) dan Kaori Mori (Shirely, Emma, A Bride’s Story).

 

Disamping itu 2 pelakon suara dari Jepun turut hadir bagi memeriahkan acara: Kana Ueda – pelakon suara untuk Fate/stay night dan Magical Girl Lyrical Nanoha series serta Mariko Honda – pelakon suara untuk Nichijou, Mazinger Z dan permainan video dari Metronomik, No Straight Roads.

Malam Comic Fiesta pula akan dihiburkan juga oleh artis dari Jepun, seperti Hige Driver, Kors K, RYU,dan D-Yama. Selain itu artis dari tempatan juga turut membuat persembahanan seperti 5 Minute Heroes, Harmonica ACG dan The Crestfall Band.

 

Tidak sempurna Comic Fiesta tanpa ikon cosplay seperti MONdari Taiwan, Aza Miyuka dari Korea Selatan, Hikarin, MOMO毛毛 dan 佐歌奈SAKANA.

Peminat cosplay juga berpeluang menunjukkan seni butik dan bakat mereka melalui pertandingan cosplay – 60 Seconds of Anything dan juga Cosplay Invitational.

Ruang Untuk Mangaka Tempatan

Lebih 200 booth doujin dari artis tempatan yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan cenderamata dan hasil seni manga kesukaan anda.

Terdapat juga booth-booth ‘Exhibitor’ dari syarikat terkenal seperti Logitech, Kadokawa Gempak Starz, Bandai, Digi, Warner Bors Pictures, Naruto: Slugfest, Mobile Legends: Bang Bang dan banyak lagi yang boleh dikunjungi.

Jadi yang sudah membuat temu janji untuk memeriah acara Comic Fiesta 2019 kali ini, anda disarankan untuk datang lebih awal kerana dijangkakan ribuan pengunjung akan hadir pada hari tersebut.

Kepada yang inginkan informasi lanjut mengenai acara atau cara mendapatkan tiket, anda boleh melayari lawan web dan Facebook rasmi Comic Fiesta.

Laman web: https://www.comicfiesta.org
Laman Facebook: https://www.facebook.com/ComicFiesta/

Tags
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
Close