SukanTeknologi

Malaysia Terlepas Peluang Menyertai IeSF World Championship 2019

Buat pertama kalinya sejak 2016, Malaysia tidak dapat menghantar wakil ke Kejohanan Dunia E-Sukan 2019 Seoul (Esports World Champhionship Seoul 2019).

Pasukan Malaysia terlepas peluang menyertai kejohanan ini yang menyertakan permainan eFootball PES2020 buat pertama kali.

Namun, negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia sempat menghantar wakil mereka dan tersenarai di dalam peringkat kumpulan.

eFootball PES2020 / Konami

Difahamkan, Malaysia mempunyai wakil negara yang hebat dalam arena PES seperti Haikal dan Khairul yang pernah menyertai liga di Thailand.

Selain wakil untuk eFootball PES2020, pasukan Malaysia juga dilaporkan tidak menghantar wakil untuk permainan Tekken 7 dan Dota2.

Menurut Timbalan Presiden Esports Malaysia (ESM), Afiq Fadhli Narawi menjelaskan pendaftaran sudah ditutup ketika menghubungi IeSF (Persekutuan E-Sukan Antarabangsa).

Difahamkan ESM telah membuat perbincangan bersama KBS untuk proses dana bagi pemilihan dan penghantaran atlet namun tarikh pemohonan terlalu singkat.

Ketika ESM menghubungi IeSF untuk proses seterusnya, difahamkan tarikh pendaftaran ke kejohanan telah ditutup dan usaha rundingan juga gagal.

Kejohanan Dunia IeSF mula dianjurkan pada 2008 dan mereka bekerjasama dengan banyak organisasi dan penganjur bagi menyatukan komuniti e-sukan di bawah satu bidang kuasa, seterusnya menjadikan ia seperti satu landasan sukan sebenar.

Bagi edisi ke-11 ini, Esports World Champhionship Seoul 2019 telah mempertandingkan eFootball PES 2020, Tekken 7 dan Dota 2 adalah acara rasmi.

Sumber: mygameon.my

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close